Breaking

December 22, 2017

KERETA MAMPU MILIK, APA TUNGGU LAGI DAPATKAN SEMUDAH CARA INI

Berikut adalah perkongsian mengenai tempoh masa lulus pinjaman atau loan kereta menerusi bank. Maklumat ini adalah sangat berguna bagi mereka yang akan memiliki kereta buat pertama kali. Apabila anda sudah menyerahkan dokumen kepada salesman, ini bermakna bahawa anda telah setuju dengan proses pembelian kereta. Pihak salesman pula akan menghantar semua dokumen tersebut kepada pihak bank untuk urusan pinjaman kereta.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisKPjMi675-xxqdsRiZf9s05MudNH2zzv_gy0iF3z9ysiWHrvy21_Veo5jo6thYnlFLsHe4q9cHANhlfTjMHQMwL0EROoHeBPQSQf3Py9NHhNV0yIBwhQWw5ZyAXNC_EsgmoePVgudvEKn/s320/Pinjaman-Kereta.jpg
Syarat Lulus Loan
  • Nama tidak senarai hitam/ Muflis
  • Mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan
  • Bagi tidak mempunyai slip gaji, wajib mempunyai guarantor (Penjamin)
  • Ansuran kereta mestikan 1/3 dari gaji bersih anda
Contoh Pengiraan Lulus Loan Kereta
Bulanan Kereta: RM600

RM600 X 3: RM1800
Maka gaji bersih anda mestilah sekurangnya RM1800 untuk memiliki kereta yang ansuran bulana RM600
Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank
  • Setelah salesman menghantar dokumen lengkap, pihak bank akan menjalankan temuduga menerusi telefon. Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut.
  • Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja. Pihak bank kebiasaanya akan menghubungi pihak salesman untuk keputusan loan.
  • Maksimum kelulusan loan juga boleh mengambil masa seminggu bergantung kepada bank yang anda mohon.


Kereta adalah aset jika disimpan dengan sebaiknya, namun boleh menjadi beban apabila kereta tidak dipandu dengan cermat. Pastikan pemeriksaan kereta dibuat secara teratur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us