Breaking

April 2, 2012

Terpengaruh Cara Barat, Awal Ashaari Dikata Langgar Adat

Nampaknya masih ramai yang tidak berpuas hati dengan lamaran Awal Ashaari terhadap Scha secara live dalam  rancangan Propaganza

awal dan scha
Menurut kata Awal;
“Apa yang saya buat itu untuk kepuasan diri sendiri. Pada yang tak suka, saya minta maaf banyak-banyak. Perbuatan itu bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak tiru budaya barat. Saya rasa setiap individu yang nak berkahwin mesti bertanya pada pasangannya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak. Itu cara saya bertanya pada Scha tapi saya ambil simbolik saja tak ada kena mengena dengan budaya barat. Niat saya cuma nak buat satu lamaran rasmi walaupun masing-masing dah faham.
awal scha
Untuk pengetahuan anda, Awal sudah banyak kali mencuba untuk membuat lamaran sebegitu terhadap Scha namun ada sahaja halangannya. Kata Awal:-
Saya nak letak cincin dalam kek, tapi takut Scha tak perasan. Jadi masa Scha mengacara Propaganza, saya nak bagi kejutan guna kek puff lova sebab Scha suka, tapi lepas fikir takut kejutan tak menjadi, saya masuk set masa dia tengah mengacara, itu yang jadi melutut itu. Agenda nak lamar Scha secara terbuka ni dah lama, sejak AIM 18 (Anugerah Industri Muzik Ke-18), FFM 24 (Festival Filem Malaysia Ke-14) tapi tak dapat sebab jadual Scha terlalu ketat.
awal scha

Yang penting bagi Awal, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Yang penting Awal tidak membelakangi adat apabila sebenarnya sudah pun masuk merisik Scha sebelum membuat lamaran secara live.

Sukar nak puaskan hati orang lain terutama bila kita selebriti sebab apa yang kita buat jadi perhatian yang penting ia tidak bertentangan dengan agama atau menghina sesiapa, selagi itu saya rasa tak ada perkara yang perlu diperbesarkan.Majlis merisik dah pun dibuat pada 30 Mei 2011, bersamaan tarikh hari jadi Scha ke-28 tahun. Cuma kami tak buat majlis bertunang, terus menikah pada 4 Mei nanti

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us