Breaking

April 6, 2012

Tauke Tutti Frutti tolak tawaran berlakon



PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan bukan kerana merajuk tetapi ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan.
Ainul, 27, berkata, dia kini berpuas hati dengan perniagaan Tutti Frutti dan jualan langsung yang diceburinya sejak setahun lalu.
"Alhamdulilah saya kini dah ada dua cawangan Tutti Frutti yang terletak di Bangi (Selangor) dan Nilai (Negeri Sembilan) selain sedang giat aktif dalam jualan langsung produk kesihatan.
"Bidang perniagaan telah membuka prespektif baru dalam hidup saya kerana selain menguntungkan ia dapat menjamin masa depan saya," ujarnya 
Tambah Ainul, walaupun masih menerima tawaran berlakon dia mengambil keputusan untuk menolak kerana sedar tidak dapat memberikan komitmen jika membuat pelbagai perkara dalam satu masa.
Dia juga masih tidak pasti bilakah boleh kembali berlakon tetapi berjanji akan kembali selepas perniagaannya stabil.
"Kalau nak cerita pasal rindu memang teringin nak kembali ke set penggambaran tetapi saya sedar tidak boleh mengejar semua perkara dalam satu masa.
"Pengorbanan perlu dilakukan dan keputusan untuk mengundurkan diri seketika daripada dunia hiburan adalah pilihan saya sendiri tetapi bukanlah untuk selamanya," katanya.
Dalam pada itu, Ainul berkata dia kini tidak lagi terikat dengan syarikat pengurusannya iaitu Aquila Emas Management selepas kontraknya tamat baru-baru ini.
Ainul berkata, dia enggan menyambung kontrak kerana tidak mahu menyusahkan pihak pengurusan selepas mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan.
"Rasanya tidak adil saya menyusahkan mereka dengan menyambung kontrak dan terpaksa menolak tawaran yang datang.
"Kami juga tiada sebarang masalah dan keputusan itu disambut baik oleh mereka kerana tahu tumpuan saya kini," ujarnya.
Ainul sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai dan Skrip 7707 dan juga drama selain tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia Ke-20.

1 comment:

my said...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us