Breaking

December 17, 2011

Jimmy Shanley Buka Aib Isteri, Tapi Sibuk Suruh Kembali Taat

macam mana isteri nak hormat kat suami kalo habis semua aib isteri didedahkan. mungkin tu cara Jimmy nak mengharapkan simpati agar isterinya kembali taat...tapi kalo dah buruk cegitu rupenya perangai isteri lepaskan ajelah..dayus suami kalo tak mampu nak didik isteri.

Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam berhubung kes tuntutan personaliti TV, Jimmy Shanley, 31 yang mahukan isterinya kembali taat menyaksikan bekas pengacara Akademi Fantasia itu mendedahkan tabiat buruk isterinya.

Jimmy Norjahan Salleh mendedahkan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk menjadi isteri solehah dan meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.


Bagaimanapun , Suhaila menurut Jimmy tidak mengotakan janji itu, sebaliknya tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk melayan suami dan ingkar apabila disuruh tinggal bersama-samanya selepas berkahwin.
Jimmy ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus mendakwa Suhaila bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.
Keadaan diburukkan lagi apabila sikap Suhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.
"Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.
"Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Suhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada kemudahan broadband (jalur lebar)", dakwa Jimmy lagi.
Jimmy menambah lagi, Suhaila kemudiannya menghilangkan diri bersama bekas kakak ipar dan teman baik untuk berjudi pada malam sambutan hari lahir bapa mentuanya itu pada 11 Oktober tahun lalu. Apabila pulang, Suhaila memberi alasan yang dia berjudi untuk menghilangkan tekanan.
Jimmy telah memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Suhaila, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us