Breaking

December 2, 2011

(Gambar) Suami Syella Kamaruddin

nama Syella Kamarudin mula disebut-sebut pabila perkahwinan mewahnya dengan seorang VVIP mencecah RM15 juta!!!namun masih ramai yang tertanya-tanya siapakah suami Syella Kamaruddin???



Menurut Syella kamaruddin, suaminya adalah...





Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya.
Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. Apa pun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera.
Syella juga mendakwa dia tidak kisah sama ada mahu mempercayai tentang nilai majlis perkahwinannya:-
Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri. Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka.
Dia juga mahu masyarakat berhenti mempertikaikan tentang cara berpakaiannya yang seksi:-
Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami.
Dan akhir sekali, dia berkata dia tiada kaitan lagi dengan industri hiburan negara:-
Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini.

kredit: beautifulnara.com

1 comment:

SoLy SoLicious said...

owh..ini upernye vvip tu ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us