Breaking

October 24, 2011

Johan As’ari Kecewa Sikap Izreen Azminda



Pelakon Johan As’ari agak kecewa dengan tindakan pelakon Izreen Azminda yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media. Menurut Johan,...
 Izreen sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah ‘cinta’ mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.
“Saya tak ingat apa-apa tentang janji yang pernah saya lafazkan sebelum ini tetapi terus-terang kami memang rapat sebagai seorang kawan.
“Pada saya, cinta itu bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan. Kalau jodoh saya sudah sampai, baru saya boleh katakan cinta tetapi dengan dia belum tahap bercinta kerana pada saya cinta itu sangat agung,” katanya menjelaskan tentang kenyataan Izreen mendakwa mereka pernah bercinta sebelum ini.
Izreen akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.
Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.
Difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonkan oleh Fasha dan Johan.
“Saya dengan Fasha pun berkawan sama seperti saya berkawan dengan Izreen. Saya menganggap mereka ini sebagai rakan artis yang boleh berkongsi pengalaman untuk sama-sama menaikkan industri seni tempatan kerana saya mahu menjadi pelakon yang berjaya.
“Selepas selesai penggambaran drama Cinta Elysa, saya tidak berjumpa dengan Fasha lagi. Tentang gambar itu, saya rasa tidak salah untuk mempromosikan drama itu dan tiada apa-apa yang pelik berlaku,” katanya yang baru pulang dari Pulau Pangkor bagi menghadiri program Biro Tata Negara (BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri.
Johan juga kesal dengan sikap Izreen yang tidak pernah memberikan respons yang baik walaupun dia sudah meminta maaf kepada Izreen.
“Saya sudah minta maaf dengannya atas apa yang berlaku, tetapi dia tidak pernah meminta maaf dengan saya setelah mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama saya.
“Saya berharap selepas ini tiada lagi cerita seperti ini dikeluarkan kerana beri ruang kepada saya untuk berkarya dalam industri,” ujarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us