Breaking

December 11, 2010

"Saya Hanya Tahu Jual Tubuh Dan Layan Lelaki"

alahai dunia akhir zaman, manusia sentiasa bagi alasan nak tutup kesalahan yang dilakukan. dalam artikel hMetro arini, me tertarik gan kenyataan suzie;
 “Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi,”
 BIASA MEWAH...Suzie (kiri) menerima bimbingan isteri pengasas Kewaja, Ruzitah Baharum.
me rasa pendidikan tak tinggi tu bukan alasan tuk menjual tubuh. banyak lagi pekerjaan yang tak memerlukan kelayakan tinggi, walaupn gaji tak sebanyak mana yang pasti sumbernya halal. kalau duit banyak mana pun tapi tak halal, takkan lama duit tu cayelah.

kata suzie lagi;
“Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO,”
“Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan,”
anak tu kan rezeki dari-Nya. setiap anak tu pasti akan membawa rezeki lebih kepada keluarga itulah kelebihan anak-anak. tapi kalau anak luar nikah me tak pasti pula tu kena tanya yang lagi arif. harap suzie berubah ye

Berita penuh hMetro online

KUALA LUMPUR: “Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi,” kata Suzie kepada Harian Metro ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Gombak, di sini, semalam.

Pelayan pelanggan (GRO) berusia 22 tahun itu diselamatkan wartawan Harian Metro Rabu lalu apabila dia yang sarat mengandung sembilan bulan mahu menjual bayinya kepada satu pasangan bukan Islam yang menawarkan bayaran RM22,000.

Bagaimanapun, dia dapat dipujuk wartawan supaya tidak meneruskan niat itu dan bersetuju memasuki Kewaja untuk mendapatkan perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya.

Suzie berkata, sejak berusia 17 tahun dia sudah terjebak dengan kancah maksiat dan mampu hidup selesa, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dia hamil anak luar nikah kerana kini hatinya lebih terbuka untuk mengingati Tuhan dan mendalami Islam.

“Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO,” katanya.

Ketika ditemui semalam Suzie tidak dapat menggambarkan bagaimana kehidupannya kelak jika anak yang bakal lahir itu mengetahui pekerjaannya.

Katanya, dia tidak mahu terus bergelumang maksiat dan dosa, tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu menyara anaknya kerana hanya pekerjaan sebagai GRO mampu memberi pendapatan lumayan.

“Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan,” katanya.
Anak bongsu daripada dua beradik dari Selayang di sini, tidak tahu bagaimana cara untuk kembali ke pangkal jalan kerana sudah selesa hidup mewah dengan bergelumang maksiat.

“Setiap kali melihat wanita bertudung, terdetik hati untuk berubah, tapi sukar mengenangkan pekerjaan saya lakukan ini, malah kebanyakan rakan saya juga GRO dan hidup kami sudah sebati dengan dosa.

“Saya akan cuba menipu anak ini nanti dengan mengatakan saya kerja kilang atau apa-apa saja, asalkan dia tak tahu pekerjaan sebenar saya,” katanya.

Suzie juga berharap ada pihak sudi membantunya keluar dari kancah hina itu. Katanya, di Kewaja dia digalak memperbanyakkan amal ibadat dan mengingati Tuhan memandangkan rasa sakit untuk bersalin diibaratkan seperti bertarung dengan maut.

“Saya lebih tenang di sini, tidak lagi diganggu panggilan daripada 'ibu ayam' yang minta saya melayan pelanggan yang ketandusan kasih sayang itu, malah saya berharap hidup akan lebih bererti apabila anak ini lahir kelak,” katanya. Dia yang masih menyimpan hasrat untuk kembali menjadi GRO masih dipujuk pihak Kewaja supaya tidak mengulangi dosa silamnya selain memberi dorongan agar mencari pekerjaan lebih baik.

Ini berikutan dia malu dan menganggap masyarakat tidak dapat menerimanya lagi walaupun jauh di lubuk hatinya ingin memulakan kehidupan baru bersama bayi yang bakal dilahirkan.

@: semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, nauzubillah

8 comments:

cik.shabah said...

nak seribu daya,tak hendak seribu dalih kan?akceli,dia bole je berubah ke arah yg lg baik.cumanya samada dia nak atau taknak je.herm,kita doakan yang terbaik jela untuk dia.semoga dia terbuka hati untuk berubah,hehehe ;)

ADMIN said...

tu la byk betul alsan, harap die leh berubah...

nUmara... said...

g cuci pinggan kat restoran, xperlu spm pon xpa... :)

Unknown said...

alasan je sume tu...byk lg cara...rezeki Allah byk kat dunia...kene pndai cari..ak sokong sume ckp ko...mak bapak budk pmpn ni mane ha?adehhh

ADMIN said...

numara~ahah sapu jalan pun xgune spm taw tapi gaji seribu sebulan byk doe

ADMIN said...

diea~taw xpe, ntah anak sapo la ne ish3

Roxy zai said...

hurm,nak bg nasihat kt sini utk dia pun bkn dia dpt baca kan..tp xpa..utk renungan kita2 semua ni laa kan?=)

selagi kita semua masih mampu bernafas,apa2 pun dosa yg kita lakukan,baik perbaikinya dgn segera..^_^V..peace bebeh!

aida fanna said...

too stupid!i dun think that ur kids will be suffered if u're not selling ur own body anymore.plss la.orang cacat pn jual hasil titik pluh diorg sniri even x bdaya.ko pmpuan pegi la jual grg pisang ke..cempedak ke bgs gk.dpt 3ribu sminggu?nmpk sgt nk kmewahan.keja halal la wei..huhu emo lak aku T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us