semalam aku bermimpi
didatangi sesorang yang amat ku kenali
yang telah lama meninggalkan kehidupan duniawi
namun wajahnya tak seceria dahulu
tak seperti ketika bertandang ke rumah keluargku
beban yang dipikul jelah kelihatan dari garis wajahnya
seperti ada sesuatu yang belum sempat dilakukannya
seperti ada hajat yang tak tertunai semasa hidupnya
aku keliru namun sedaya upaya cuba untuk membantu
tapi beliau tidak menjelaskan apakah tujuan sebenarnya
dalam ketidakpastian aku tetap melayan kerenahnya yang pasti dalam kebuntuan pertolongan
deringan telefon mengejutkan tidurku
beliau terus lenyap dari benak mimpi
tanpa meninggalkan sebarang pesanan
ya Allah baru ku tersedar semalam adalah malam Jumaat
aku lupa msedekahkan Yaasin buat saudaraku yang telah tiada seperti malam2 sebelumnya
tapi aku pasti bukan kerna itu beliau menganggu mimpi malamku
pasti ada sesuatu yang lebih berat ingin disampaikannya
buat beliau sedekahkan Al-fatihah...
5 comments:
al-Fatihah...
al-fatihah...
amin..
a-fatihah... semga arwah tenang d sn..kit jg bakal menyusul suatu hari nnt..
jum baca entry terbaru bARdbOO:
Cara mendapatkan buffered earning Nuffnang
amin...
Post a Comment