Breaking

Showing posts with label video lucah polis. Show all posts
Showing posts with label video lucah polis. Show all posts

July 13, 2012

15:09

SERIUS BIAS: Kesalahan Sama Simpan Video Lucah, Tetapi Hukuman Berbeza!

Hobi simpan koleksi video lucah bawa padah, 12 Julai 2012                    

Mohd Azam mengaku salah menyimpan 13 rakaman lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

        KUALA TERENGGANU - Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

        Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

        Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.

        Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai  2008.

        Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

        Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Azam tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan lanjut polis terhadap badan Mohd Azam yang ditahan di Pejabat BSJIPD Kuala Terengganu telah menemui sebuah telefon bimbit.

        Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit berkenaan, polis menemui 13 rakaman video lucah. Sebelum ini, Mohd Azam yang dibebaskan dengan jaminan gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang diberikan sebelum  satu perintah waran tangkap dikeluarkan bagi menahannya.

        Terdahulu, Mohd Azam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sama. Dia turut memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman  penjara atas alasan perlu menjaga seorang anak yang masih bersekolah.




kredit : Forum Cari

March 16, 2012

09:52

Polis berlakon dalam video lucah

2 orang polis yang tidak mengetahui ada pengambaran filem video lucah secara rahsia dilakukan telah termasuk sekali dalam video dan menyebabkan mereka akan dibuang kerja.




2 orang polis itu dikatakan telah meraba pelakon video lucah di kawasan parking lot tanpa menyedari ada kamera sedang merakam aksi wanita itu.

Kejadian itu memalukan jabatan polis kerana video sudah tersebar luas dan pihak atasan mempertimbangkan buang kerja sebagai hukuman.
 


source: http://dailypicksandflicks.com/ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us