Breaking

Showing posts with label aiskrim percuma malaysia menang emas. Show all posts
Showing posts with label aiskrim percuma malaysia menang emas. Show all posts

August 8, 2012

14:18

Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Hari ini 8-10 Malam

Pasti ramai yang berfikir Aiskrim Baskin Robbins menarik balik tawaran aiskrim percuma selepas kekalahan Chong Wei ditangan Lin Dan. Tapi korang silap kerana Baskin Robbins memberi aiskrim percuma hari ini!!!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgG7y6hblxZE14SeoxSjHwx79Ofz7wsd4iCGQ4l_w5sWT12qVJPKsW8K9LxJIhnXpgVuwS5SzPDcIGbERI4zbU6ybuf6BXjWMIlk8Re1iQm5OOPLqqP-IUTVsP2DRbwbDCR9RHoBtAAgoc/s1600/002.jpg

AISKRIM BASKIN ROBBINS PERCUMA

TEMPAT: 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, (kecuali kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting,)

TARIKH: 8 OGOS 2012 (hari ini..yeay!!!)

MASA: 8.00 malam hingga 10.00 malam. 


Jum ramai-ramai serbu Baskin Robbins selepas berbuka nanti yer..:)



Berita Penuh: KUALA LUMPUR: Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.
Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya. 
Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.

"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu," katanya.

"Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua," kata Ahmad Izham dalam satu kenyataan. Inisiatif Impian Emas Negara itu dilancarkan pada Mei. - Bernama



August 5, 2012

18:15

AISKRIM PERCUMA!! BASKIN ROBBINS Jika Malaysia Menang Emas



Baskin Robbins berjanji akan beri Aiskrim percuma pada 8 Ogos 2012 ini jika Lee Chong Wei dapat memenangi pingat emas Badminton Olimpik London. Aiskrim percuma akan diberikan pada hari Rabu, 8 Ogos 2012 di 61 cawangan Baskin-Robbins seluruh Malaysia (kecuali kios di Pantai Hospital, Bangsar dan taman tema Genting) bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgG7y6hblxZE14SeoxSjHwx79Ofz7wsd4iCGQ4l_w5sWT12qVJPKsW8K9LxJIhnXpgVuwS5SzPDcIGbERI4zbU6ybuf6BXjWMIlk8Re1iQm5OOPLqqP-IUTVsP2DRbwbDCR9RHoBtAAgoc/s1600/002.jpg

Petikan Akhbar
Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif “Impian Emas” Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim. “Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita,” kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.

“Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia.
“Kami mahu berkongsi visi yang sama dengan Baskin-Robbins dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas perkongsian hebat mereka dalam inisiatif ini di bawah Impian Emas Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.

“Kami mahu kegembiraan sentiasa berterusan. Pengunjung awal yang datang ke acara kami itu bukan sahaja mendapat skup aiskrim percuma tetapi juga baucar eksklusif menawarkan tawaran paling menarik,” kata Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn Bhd, rakan kongsi Baskin-Robbins di Malaysia.
“Ini akan menjadi satu daripada sumbangan terbesar kami setakat ini kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa kami yang tersedia di kedai
kami.
“Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate kami.
“Kami mahu semua rakyat Malaysia menikmati kejayaan manis ini dan cara yang terbaik adalah berkongsi peristiwa bersejarah ini bersama-sama menerusi skup aiskrim Baskin-Robbins pilihan Malaysia.
“Ini merupakan saat yang menggembirakan dan kami mahu setiap orang dan setiap rakyat Malaysia meraikannya,” kata Cheah.

Sumber: Here


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us