Breaking

February 24, 2016

Jom Tukar Smartphone Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge.

Pihak Samsung pada hari ini telah mengumumkan 2 telefon pintar flagship terbaru mereka di MWC 2016 yang berlangsung di Barcelona iaitu Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge.
Samsung Galaxy S7 menampilkan rekaan bingkai logam serta kaca di bahagian belakang manakala rekaan skrin yang melengkung di tepi menjadi identiti buat siri Samsung Galaxy Edge.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-4
Meskipun rekaan Samsung Galaxy S7 ini dikatakan mirip dengan Samsung Galaxy S6, pihak Samsung nampaknya telah membuat satu penambahbaikan dimana Samsung telah mengurangkan masalah ketebalan kamera yang timbul berbanding model sebelum ini.
samsung-galaxy-s7-hands-on-sean-okane9_2040.0
Samsung juga nampaknya telah mengembalikan dua ciri-ciri yang disukai pengguna iaitu fungsi kalis air dan slot untuk memori MicroSD seperti mana yang dilakukan pada Samsung Galaxy S5.
Samsung Galaxy S7 hadir dalam dua variasi – iaitu menggunakan cip lapan teras ataupun menggunakan cip empat-teras, dimana salah satunya adalah cip Exynos, dan satu lagi adalah cip Snapdragon.
Galaxy S7 menawarkan peningkatan kuasa pemprosesan lebih 30% berbanding dengan Galaxy S6, dan sokongan grafik yang ditingkatkan lebih 60% berbanding Galaxy S6.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-2
Kamera pada Samsung Galaxy S7 menjadi topik utama perbincangan apabila pihak Samsung mengumukan kedua dua telefon pintar terbaru mereka akan menggunakan lensa f/1.7 dimana membantu lebih banyak pencahayaan semasa mengambil gambar.
Bukan itu sahaja, Samsung memperkenalkan sensor dwi-pixel beserta kamera 12 megapixel bagi membantu sesuatu gambar dapat difokuskan dengan serta-merta.
Beberapa ciri-ciri baru turut disertakan pada Galaxy S7, termasuk salah satunya adalah rakaman gambar panorama yang turut menyertakan animasi gerakan berbanding sebelum ini yang terhad kepada gambar panorama statik sahaja.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-5
Untuk kamera hadapan, Samsung menyertakan kamera 5 megapixel dengan lensa yang sama untuk membolehkan anda merakamkan gambarselfie yang cantik walaupun ketika hari gelap.
Jika sebelum ini anda seorang yang risau apabila telefon pintar anda menjadi panas lebih lebih lagi ketika bermain game, kini anda tidak perlu risau lagi dengan adanya fungsi terbaru daripada Samsung ini. Samsung turut menyertakan sokongan penyejukan berasaskan air untuk mengelak Galaxy S7 menjadi panas.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-1
Kedua-dua telefon pintar ini menjalankan sistem operasi Android yang terbaru iaitu Android 6.0 (Marshmallow) dan dijangka akan mendapatkan sokongan Android versi terbaru nanti.
Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge dijangka akan mula dijual di Malaysia seawal 18 Mac 2016 ini manakala untuk pra-tempahan bermula pada 7 Mac sehingga 11 Mac melalui laman rasmi mereka.-the vocket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us