Semakan keputusan temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013. Keputusan panggilan untuk ditemuduga boleh diperoleh pada 25 April 2013 ini. Keputusan juga boleh disemak melalui applikasi online pada tarikh yang telah ditetapkan.
Pengumuman Terkini KPM: Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 25hb April 2013 (Khamis).
Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa
Jika berjaya untuk panggilan temuduga, calon perlulah membawa dokumen penting seperti surat tawaran temuduga, Borang Butiran Diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat melalui laman sesawang KPM.
Proses Pemilihan Temuduga
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG
Semakan keputusan Temuduga Maktab Perguruan 2013
Melalui portal rasmi KPM, semakan ditangguh kepada 25 April 2013. Harap Maklum
Semakan boleh dibuat melalui laman http://www.moe.gov.my/
atau sila klik Applikasi Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM 2013
Tarikh Penting Maktab Perguruan 2013 [kemaskini]
Dibawah adalah tarikh penting mengenai kemasukan maktab perguruan sesi program PISMP 2013 bagi lepasan SPM.
No comments:
Post a Comment