Katanyerrr (dengan nada azwan Ali)....TAWARAN berlakon macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Namun SS rasa artis ini memang jarang sangat berlakon. Dalam pada jarang muncul dalam mana-mana drama dan filem, artis itu tetap mengusung beg mewah. Bertuah badan, tak ada kerja pun masih boleh melaram.
Khabarnya adik-beradik artis ini hidup senang, tak tahulah pula SS kalau mereka sanggup menaja adik sendiri demi menjaga imej keluarga. Jika benarlah telahan SS, bertuah artis ini. Dari dulu pun SS tengok lakonan artis ini tidaklah sehebat mana, adalah sekali dua menyelit. SS rasa penonton tak ingat pun kemunculannya itu.
Dalam akhbar dan majalah, jarang disiarkan cerita dan gambarnya. Mungkin terlalu banyak sangat produser buat cerita hantu, kehidupan sesetengah artis ini pun dah jadi misteri. Baru berlakon satu dua drama, dah boleh duduk di rumah besar dan bawa kereta mahal. Baru jadi penyanyi, bergaya dah macam superstar.
Ada yang berbangga dengan beg tangan berjenama bertukar ganti setiap masa, tetapi sebenarnya ramai dah tahu bukan ‘ori’ pun. SS nak tergelak dengar satu cerita ini, bukan main lagi artis ini pukul canang kononnya walaupun dia jarang dapat tawaran berlakon, tetapi masih boleh melaram dengan beg jenama antarabangsa yang popular di seluruh dunia.

Namun apabila ada kawan mengajaknya masuk ke kedai beg berjenama sama dengan dia pakai, tak berani pula masuk kerana khabarnya pekerja butik itu boleh tahu sama beg yang dibawa masuk ke butik berkenaan asli ataupun palsu. Ha! siapa nak jawab? Kalau betul ada duit, beli sajalah, tak perlu nak pukul canang keliling kampung.-sumber harian Metro
No comments:
Post a Comment