Breaking

January 18, 2012

Azwan Ali Ditahan kes Ugut Bunuh Ummi Hafilda

Azwan Ali Ditahan Berikutan Kes Ugut Bunuh

Azwan Ali, 46, kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya sendiri, Ummi Hafilda Ali.

Azwan yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya melalui laman sosial, Twitter. Penahanan Azwan dibuat setelah Ummi Hafilda membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

"Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.


"Azwan mengajak pengikut Twitter miliknya membunuh saya dengan menulis 'Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar'.
"Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurut Ummi Hafilda lagi, meskipun perit serta sedih dengan ugutan bunuh itu namun dia sedia memaafkan abang kandungnya dengan beberapa syarat termasuk Azwan perlu membuat perakuan bersumpah secara bertulis dan memohon maaf secara terbuka.
Azwan bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung ugutannya itu kerana difahamkan telefon bimbit miliknya kini dirampas polis bagi membantu siasatan.

@: baru tahu azwan & ummi hafilda adik beradik (T_T)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us