Breaking

January 1, 2011

Bekas Suami Nana Meninggal Dunia; Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan

Khabar tak gembira di awal tahun baru, bekas suami siti nordiana iaitu pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) kira-kira pukul 1.45 petang tadi akibat serangan jantung...al-fatihah



ketika nana dan faizal masih suami isteri



isteri baru Faizal, Rosmunira Rashid




Berita  penuh

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad

-mStar


dan bekas isteri Akhil Hayy; Maizawati Zainal,36, patah tangan kirnya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.


Berita penuh

PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.

Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung mStar Online Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.

“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.
emalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi selepas mereka menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng yang ingin pulang ke Singapura selepas bercuti.

Kenderaan yang dipandu Maizawati itu dikatakan terbabas apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba membelok di satu selekoh menyebabkan wanita itu terlanggar kenderaan berkenaan.

Turut berada dalam kereta mereka termasuklah tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu iaitu Siti Maisarah,14, Mohd. Syarif Hidayatullah,12, dan Mohd Syatiri,3.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Ditanya mengenai kandungan Miaza yang sekarang berusia lima bulan, Mohd Yassin berkata, kandungan itu selamat walaupun berlaku sedikit pendarahan.

Selain patah tangan Maizawati turut mengalami luka pada lutut kiri

-mStar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us