Breaking

January 7, 2013

07:12

Keputusan Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27). Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba jua. 12 buah lagu telah pun dipersembahkan untuk halwa telinga anda. Kesemua lagu yang bertanding sememangnya ada kelebihan masing-masing. Dibawah ada keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27).
keputusan penuh ajl27
Berikut ialah keputusan penuh AJL27 untuk tatapan anda:-
1. Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)


Tahniah kepada semua pemenang

January 6, 2013

10:27

Semakan Keputusan MUET Sesi November 2012 Online

Semakan Keputusan MUET sesi November 2012 boleh dibuat secara online mulai 8 Januari 2013. Semua calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut boleh menyemak keputusan pada tarikh yang telah ditetapkan. Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapat keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
semakan muet

Semakan Keputusan MUET Sesi November 2012 Guna SMS
Keputusan boleh dibuat melalaui (SMS) dengan menaip MUETRESULT dihantar ke 15888, mulai pukul 12:01 tengah malam 8 Januari.
Semoga berjaya kepada semua calon MUET.

10:21

Gambar Mayat Nureffa Sahira Di Semporna Sabah, Disumbat Dalam Tong Dram


Ini adalah gambar penemuan mayat Nureffa Sahira Ringkasan Di Semporna Sabah. Sebelum ni memang kecoh kisah kanak-kanak ini dilaporkan hilang beberapa hari lalu. Namun, paling menyayat hati apabila mayat Nureffa ditemui dalam keadaan yang berlipat dan hampir reput dalam tong dram. Mangsa juga dipercayai dibunuh dengan kejam sebelum dibuang ke dalam tong terbabit di ladang sawit di Kampung Salimbangun. Punca sebenar kematian masih lagi dalam siasatan.
nureffa sahira
Mayat Nureffa itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu. Menurut ahli keluarga mangsa, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

10:17

Permohonan Kemasukan UPU/IPTA Sesi Akademik 2013/ 2014, Cara Memohon & Tarikh Tutup


Permohonan kemasukan UPU atau IPTA sesi akademik 2013/ 2014. Kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi atau setaraf dengannya, anda boleh mengemukakan permohon IPTA untuk sesi 2013. Borang permohonan boleh didapatkan secara online dengan melayari laman sesawang portal rasmi UPU.  Jualan No. Unik ID di BSN akan mula dibuka mulai 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. Berikut adalah langkah permohonan yang perlu dibuat untuk memohon IPTA.
kemasukan upu 2013

Cara Permohonan ke IPTA Sesi 2013/ 2014

1. Pelajar perlu membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional Yang Terdekat Mulai 7 Januari 2013.
2. Di kaunter berkenaan,pastikan anda membeli nombor pin berdasarkan taraf pengajian anda.
3. Sila layari laman web rasmi http://upu.mohe.gov.my/
Berikut adalah prosedur pekeliling permohonan ke UPU. Oleh itu, pelajar digalakkan membaca prosedur terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Tarikh Pendaftaran Atau Kemasukan UPU 2013
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf – September 2013

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohnan adalah pada 15 April 2013


10:06

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8


Video youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Tonton Online Full. Pada malam ini akan bermulanya pengembaraan Maharaja Lawak yang akan ditayangkan di Astro Warna. Video penuh juga akan dimuat naik dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat. Tema tugasan untuk minggu ke 8 malam ini adalah Cerita Rakyat dan Radio.Rancangan pada malam ni akan disiarkan bermula pada jam 10 Malam di Astro Mustika Dan Warna. Untuk mengundi taip ML20 <jarak> Nama Peserta dan hantar ke 32888.
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8
Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Shiro

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Saywho

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Boboi

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Kumpulan R2

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8- Jambu

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Jozan

Video Full Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8-Shiro


09:55

Zarina Anjoulie Dijamin Adik Perempuan Tiri Keluar Dari Lokap


Zarina Anjoulie Dijamin Adik Perempuan Tiri Keluar Dari Lokap. Akhirnya setelah dua hari berada di dalam Penjara Kajang, penderitaan Zarina Anjoulie telah pun berakhir. Adik perempuan tirinya telah pun hadir dan menjamin Zarina. Untuk makluman, sebelum ini tiada seorang pun ahli keluarga yang telah hadir untuk menjaminnya daripada tuduhan memiliki dadah.
zarina
Menurut laporan Bernama, Zarina keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya dengan memakai baju-T berwarna kelabu serta bercermin mata gelap selepas dia diikat jamin. Buat masa ini, Zarina ingin berehat terlebih dahulu sebelum bakal mengadakan sidang media kelak. Kata Zarina kepada Media Hiburan:-
Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya

January 4, 2013

17:03

Gambar Kanang Anak Langkau Diberi Penghormatan Terakhir Dengan Jalur Gemilang

Gambar Kanang Anak Langkau Diberi Penghormatan Terakhir Dengan Jalur Gemilang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan balu mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, Datin Brawang Chunggut meletakkan Jalur Gemilang di atas keranda pahlawan negara itu di rumah mayat Hospital Umum Sarawak di Kuching, Sarawak, Jumaat. Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar (kiri). Mendiang Kanang, 68, meninggal dunia pada 1.45 pagi Khamis akibat serangan jantun
12:40

7 Gambar Dahlia Teck Bercuti Di Eropah Kerana Kecewa Apek Kahwin

Gambar Dahlia Teck Bercuti Di Eropah. Jauh juga Dahlia Teck membawa diri hingga bercuti di Eropah kerana kecewa dengan perkahwinan Khairul Fahmi. Dulunya Dahlia dan Apek merupakan pasangan paling bahagia. Namun jodoh ditangan Tuhan apabila Apek kini sudah bergelar suami kepada Leuniey Natasha. Pada tarikh pernikahan Apek, Dahlia Teck mengambil kesempatan ini untuk makan angin di Eropah disamping dapat menenangkan fikiran. Memang tidak dinafikan lagi bahawa perasaan Dahlia pada masa itu mesti perit mengenangkan bekas teman lelakinya kini sudah kahwin. Apapun, kami harap Dahlia Teck akan temui lelaki idamannya satu hari nanti.
kredit gambar: myartis.com

12:33

Koleksi Gambar Emma Maembong Dan Kontroversinya


Admin akui memang tidak kenal Emma Maembong sebelum ini. Tetapi sejak seminggu yang lalu, ada saja kontroversi tentang pelakon jelita yang memegang watak sebagai Munirah dalam drama 'Kau Yang Terindah' itu.

                         

Dari tidak mengenali langsung aktres baru itu, tiba-tiba terdetik di hati GUA untuk menyiasat lebih lanjut tentang dirinya. Begitulah penangan sebuah kontroversi yang mampu menolong melonjakkan nama sesiapa saja.

                         

Sedikit fakta asas terlebih dahulu. Nama sebenar Emma ialah Fatimah Rohani bt Ismail. Gadis berwajah Pan-Asian ini - kacukan Melayu dan Scottish; bagaimanapun, ibu bapanya sudah berpisah - dilahirkan pada 27 Mac 1992. [sumber]

                          

Emma merupakan panggilan manja kawan-kawannya. Nama Maembong pula, bukanlah nama glamor, gabungan Mael Lambong. Sebaliknya, ia cantuman nama ayah Emma, iatu pelukis terkenal negara, Ismail Embong dan datuknya. [sumber]
     

Mempunyai 10 orang adik-beradik [Sumber], salah seorang daripada adik perempuan Emma, Cha Cha juga pendatang baru dalam bidang lakonan. Terbarunya, Cha Cha tampil di slot Lestary TV3, 'Mimpi Cindarella'. Abang Emma pula, Bakri, pemain dram kumpulan Gerhana Ska Cinta dan pernah berkhidmat untuk Flop Poppy, Meet Uncle Hussain dan Azlan & The Typewriter.

      

Emma mula mendapat perhatian apabila tampil dalam drama 'Kau Yang Terindah', arahan Erma Fatima, di samping Nazim Othman dan Neelofa. Drama lakonan pertamanya adalah 'Facebook Ustazah Shamsiah'. Dia bakal muncul di dalam drama 'Rindu Rania' di slot Akasia TV3.

      

Selain berlakon, dia juga seorang model dan pelukis seperti ayahnya. Bersama ayah dan dua orang adik-beradiknya, mereka pernah mengadakan 'Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat'. [Sumber]

      

Tidak dapat disangkal, Emma adalah bintang baru yang harus diberi perhatian. Jika ada yang masih ragu-ragu terhadap popularitinya, satu laporan di akhbar News Straits Times bertajuk 'GOOGLE: Malaysia’s Top 10 Fastest Rising Searches on Google' untuk minggu 21 - 27 Sept, nama Emma tersenarai apabila gambarnya berhijab tersebar.

                      
                      Kredit gambar: Facebook Emma
Dan buat anda yang tertanya-tanya, maaf, hati Emma sudahpun dimiliki oleh seorang jejaka bernama Adly Zaeem. [Sumber]

Kontroversi 1 - Dituduh "kaki propa"

- Selepas gagal menghadiri sesi fotografi dengan wartawan sebuah akhbar seperti yang dijanjikan. Malah dikatakan tidak memaklumkan kelewatannya kepada wartawan berkenaan.

      

Penjelasan Emma: 
Dia lewat sejam kerana sakit teruk dan telah memaklumkan perkara itu kepada wartawan. Tetap mengagahkan diri untuk ke sesi fotografi tersebut malah menawarkan untuk mencari jurusolek sendiri bila diberitahu jurusolek sudah balik. Tetapi sesi fotografi itu terpaksa dibatalkan juga bila wartawan berkenaan sibuk.

      

Setiap temujanji akan dihadiri tepat pada masanya, kata Emma. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan sesiapa dan mengakui kesalahan sendiri. [Sumber]

Kontroversi 2 - Gambar cium

- Beberapa kepingan gambarnya - di mana dia dilihat berpelukan dan bercium dengan lelaki, termasuk sekeping foto yang melihatnya berpakaian seksi - mula diedarkan di Internet.

                 
                       Kredit gambar: 
ohbulan

Penjelasan Emma: 
Gambar-gambar tersebut dirakam ketika percutian bersama keluarga dan teman-teman, termasuk teman lelakinya beberapa tahun dulu. Dan lelaki bercermin mata besar yang berpakaian merah sedondon dengannya ialah adik kandungnya. [Sumber]

                          
                          Kredit gambar: ohbulan

Dan di bawah, luahan Emma sendiri di Facebooknya:

"Sedih sgt dgn org2 skng. Lain yg emma ckp lain yg di tulis. Tp tak apa. Pasal gamba2 tu mmg la salah emma sbb ambik gamba mcm tu, tp tu masa budak2 bukannya ema ada otak sgt pon masa tu, dlm hidup kita masing2 ada kisah silam dan sejarah hidup pahit dan manis yg kita xblh padam tp ambik tu semua sebagai ajaran.
                        

           
           Kredit gambar: ohbulan

Masa zaman remaja apa kita buat semua xfikir guna otak asalkan kita puas hati dgn apa yg...kita buat xfikir pon pasal org lain. tp bila dah besar baru la kita mula berfikir mana salah mana betul. jadi ema mintak maaf pasal semua tu. semua manusia ada salah yg diorg buat xdpt di padam tp sama2 la kita kasi peluang dan tolong mereka berubah, bukan dgn cara mengata, mengutuk dan menghina.

ema manusia biasa sama je mcm korang semua. ema xpenah mengaku diri ema ni artis atau model atau apa2 pon. Bagi ema kita semua ni sama je level yg sama. sbb tu ema layan korang semua mcm kawan ema. Sapa nk kawn dgn ema,ema ok je sapa yg xsuka ema. Ema mintak maaf dan ampun kalau ada buat salah. May allah bless us. Salam :')

      

GUA suka dengan cara Emma dan diharapkan selepas ini tiada lagi kedengaran cerita-cerita kontroversi tentang dirinya. Sebagai pendatang baru, perjalanan masih jauh dan bakat yang ada harus diasah. Selamat berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us