Breaking

July 19, 2011

09:31

Irma Hasmie Bertudung Kerana Putus Cinta?


Setelah putus cinta dengan pelawak dan pengacara Nabil, Irma Hasmie mula berubah imej dengan mengenakan tudung. betul ke Irma bertudung disebabkan kecewa akibat putus cinta.


menurut Irma Hasmie Ibrahim,
"Ramai beranggapan saya bertudung kerana kecewa putus cinta malah tidak kurang menganggap ingin mendapat perhatian peminat tetapi sebenarnya penghijrahan ini tidak kena mengena dengan gosip berkenaan sebaliknya datang dari niat yang ikhlas dan hidayah,” 
baguslah kalau niat tu ikhlas, sebabnya makin ramai artis yang mengenakan tudung. tak perlu lah me sebut satu persatu sebabnye korang boleh tengok sendiri di tv atau lebih pantas google search aje..teruskan membaca kisah Irma Hasmie...

09:16

Jadual Waktu berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 1432H/2011M


Tak sabar lagi rasanya nak menyambut bulan Ramadhan, kemeriahan raya pun dah mula terasa bile pegi aje shopping complex banyak yang dah jual baju raya, pelita, biskut raya dan bermacam lagi lah. camne agaknya sambutan raya tahun ni, sebab bagi me tahun ni paling sonok skali hampir 80% azam tahun 2011 dah pun tercapai. alhamduliilah..


oke jum tengok info Jadual Waktu berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 1432H/2011M

July 18, 2011

20:51

(Gambar) Majlis Perkahwinan Rini AF7 & Johanis


Bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Zuzafrini Zulkifli atau Rini juga telah menamatkan zaman solonya bersama seorang guru bernama Johanis Nordin, 29 pada 16 Julai lalu. pasangan ni dah pun bertunang sewaktu Rini menyertai AF7 lagi.


majlis persandingan mereka telah diadakan pada 17 Julai di Bandar Baru, Bangi. Dengar cerita, sewaktu majlis persandingan tersebut diadakan, hampir kesemua bintang AF7 telah menghadirkan diri.

20:34

Yasmin Hani & Sha'arin Black Rose Nikah Ogos Ini

Dah lama menyepi pelakon dan pengacara Yasmin Hani, tup2 dengar berita yang die dah nak kahwin dengan jejaka bernama Sha'arin, bekas pemain drum Black Rose. kalo tak silap Sha'arin ni bekas suami Ida Nerina.

yasmin hani

Yasmin Hani mengakui dia kini dalam tempoh membuat persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada pertengahan bulan Ogos nanti.
20:16

Pasangan Sarah Juara Mari Menari 2, Menang RM150 000


Tahniah kepada pasangan Sarah Juara Mari Menari musim kedua. Sarah Diana Michele Durai, 32, dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, yang berasal dari Sabah ni mendapat 56 peratus undian penonton menewaskan pasangan Nita yang hanya di tempat kedua.
Selaku juara, pasangan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai RM150 ribu, pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi.

July 17, 2011

17:35

(Video) Pra Perkahwinan Nurul Syuhada & Amir


Hos rancangan Majalah 3, Nurul Syuhada dan suaminya dah pun melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 16 Julai lalu. pasangan ni turut merakamkan video pre-wedding mereka yang menggunakan teknik stop motion. hampi 3000 gambar diambil untuk menyiapkan video yang berdurasi 120 saat ini. jum layan video pra perkahwinan Nurul Syuhada & Amir sangat suweeyt okeh!


Video Pre Wedding Nurul Syuhada & Amir



17:11

(Video) Perkahwinan Farah AF2 dan Johan

Detik2 indah dan manis majlis perkahwinan Farah AF2 dan Johan tidak hanya diabadikan dalam bentuk gambar tapi turut dirakam secara video. video 3 episod ini memaparkan rakaman bermula dari majlis malam berinai, majlis pernikahan dan majlis persandingan. buat peminat Farah AF2 yang tak dapat nak lihat sendiri majlis perkahwinan Farah dan Johan jum layan video ajee...


teruskan membaca untuk melihat rakaman video perkahwinan Farah AF2 dan Johan

12:41

(Gambar) Majlis Nikah Perkahwinan Nurul Syuhada & Amir


Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin,27  dan Raja Amir Shah bt. Raja Azwa 29 telah pun selamat diijabkabulkan semalam, 16 Julai 2011 bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.
Nurul Syuhada menerima mas kahwin sebanyak RM777  dan wang hantaran RM20,111. dengan hanya sekali lafaz Nurul Syuhada sah menjadi isteri Amir, seorang pegawai bank.
Gambar Pernikahan Nurul Syuhada & Amir
teruskan membaca untuk melihat lebih banyak gambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us