Breaking

November 22, 2010

12:10

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Salam semua, dalam artikel kosmo!arini filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya. fuhh jauh beza gan filem 2 Alam yang mengutip RM 2 Juta saja. nampaknya dR Rozmey tepaksalah import Pamela Anderson tuk belakon dalam filemnya pasni.





SINOPSIS

Bahagian 1 bermula apabila Harry, Ron dan Hermione berada dalam misi berbahaya untuk menjejaki dan memusnahkan Horcruxes - rahsia keabadian dan kekuatan Voldemort. Tanpa bantuan dari pensyarah mereka serta perlindungan dari Professor Dumbledore, mereka bersatu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi, Dark Forces cuba untuk menentang dan memisahkan mereka.

Sementara itu, dunia sihir telah menjadi tempat yang paling bahaya untuk semua musuh Dark Lord. Peperangan bermula dan Voldemort’s Death Eaters telah merebut kuasa Kementerian Sihir dan juga Hogwarts di mana mereka mengganas dan menahan semua yang menentang mereka.

Harry merupakan satu-satunya harapan untuk menemui Horcruxes sebelum Voldemort menemuinya. Tetapi, semasa Harry mencari petunjuk, Harry telah membongkar satu kisah lama yang hampir dilupakan iaitu Lagenda Deathly Hallows. Sekiranya lagenda itu bertukar menjadi realiti, Voldemort akan mendapat satu kuasa hebat yang di cari-cari selama ini.

Harry tahu yang masa depannya telah ditentukan oleh masa silamnya di mana pada hari penentuan dia akan menjadi "the Boy Who Lived". Bukan sekadar budak lelaki, Harry Potter digambarkan memikul tanggungjawab untuk memusnahkan Voldemort di mana dia telah pun bersedia pada hari pertama dia memasuki Hogwarts.


Trailer Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Review Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Review:

Harry Potter and Half Blood Prince berakhir dengan Harry Potter dan Albus Dumbledore mendapatkan loket Salazar Slytherin yang palsu dan Severus Snape membunuh Albus Dumbledore.

Harry Potter kali ini bermula dengan pemindahan Harry Potter ke tempat persembunyian iaitu di rumah Weasley. Harry Potter dibantu oleh sahabat2 sejatinya yang meminum Polyjuice Potion dan bertukar menjadi Harry untuk mengelirukan pihak musuh. Malangnya pemindahan tersebut telah diketahui oleh Voldemort dan mereka diserang dalam perjalanan tersebut. Prof Mad-eye Moody dan Hegwid (burng hantu harry) terkorban semasa pemindahan tersebut.
Di rumah Weasley, pekahwinan Bill Weasley dan Fleur Delacour(HP and Goblet of Fire) diadakan. Menteri magik datang berjumpa untuk memberikan wasiat terakhir kepada Harry, Ron dan Hermione. Professor Dumbledore memberikan Deluminator kepada Ron Wiesley, buku The Tales of Beedle the Bard kepada Hermione dan Snitch pertama yang Harry tangkap kepada Harry. Semasa majlis perkahwinan diadakan, mereka diserang oleh Death Eater menyebabkan Hermione, Ron dan Harry menggunakan teknik “Apparate” untuk ke tempat lain.
Semasa di rumah Sirius Black, Harry mendapat tahu bahawa R.A.B adalah Regulus Arctus Black iatu adik Sirius Black. Dan house elf Black, Kreacher memberitahu bahawa loket asal telah dicuri oleh Mundungus Fletcher. Kemudian dilihat Kreacher dan Dobby(HP And Prisoner of Azkaban) datang membawa Mundungus kepada Potter. Mundungus memberitahu bahawa loket tersebut telah diambil oleh Dolores Umbridge (HP Order of Phoenix).
Harry, Ron dan Hermione kemudian menyamar menjadi staf minstry of magic untuk mencuri loket tersebut. Terdapat insiden2 menarik di sini dan mereka berjaya mencuri loket tersebut. Semasa melarikan diri, Ron telah dicederakan teruk. Bermacam2 spell telah digunakan namun loket tersebut tidak dapat dimusnahkan. Loket tersebut kemudian dipakai bergilir2 oleh mereka bertiga.
Semasa, memakai loket tersebut. Ron telah memarahi Hermione dan Harry kerana perasaan cemburu terhadap kerapatan mereka berdua. Ron kemudian bertindak meninggalkan mereka berdua. Semasa tinggal berdua, Harry dan Hermione mendapat tahu bahawa pedang Godric Gryffindor(HP chamber of secret) diperlukan untuk memusnahkan Horcrux. Harry dan Hermione telah pergi ke tempat asal Harry iaitu Godric’s Hollow untuk mencari maklumat tentang pedang tersebut. Malangnya, mereka telah diserang oleh Nagini, ular Voldemort dan menyebabkan wand Harry patah.
Semasa Harry sedang berjaga malam, dia didatangi oleh satu cahaya dalam bentuk kancil yang membawa ke sebatang sungai beku. Pedang Godric Gryffindor terdapat dalam sungai tersebut. Harry bertindak untuk menyelam dan mengambil pedang tersebut memandangkan spell “accio” tidak berhasil. Semasa menyelam loket Salazar Slytherin telah aktif dan bertindak menjauhkan diri dari pedang tersebut dan menyebabkan Harry hampir lemas. Ron datang menyelamatkan Harry dan mengambil pedang tersebut.
Semasa bertindak untuk menghapuskan loket tersebut, bayang Harry dan Hermione telah keluar dari loket tersebut dan menggangu fikiran Ron. Namun, Ron lebih kuat dan berjaya menghapuskan loket tersebut. Ron kembali kepada Hermione dan bercerita bagaimana dia boleh kembali kepada mereka. Ron memberikan satu wand yang diambil dari snatcher kepada Harry. Hermione memberitahu tentang lambang yang mereka selalu lihat kepada Harry dan bertekad ingin pergi ke rumah Ayah Luna Lovegood, Xenophilius Lovegood.
Di rumah Lovegood, Xenophilius memberitahu bahawa lambang tersebut adalah lambang Deathly Hallows. Dia memberitahu tentang kisah “Tales of three brothers” dan mengenai 3 benda ajaib iaitu elder wand milik Dumbledore, resurrection stone (Horcroux kedua yang telah dihancurkan oleh Dumbledore) dan Colak of invisibility yang dimiliki oleh Harry Potter. Jika seseorang memiliki ketiga2 barang tersebut, dia lebih hebat dari death. Kemudian mereka mengetahui luna telah diculik oleh death eater. Dan kemudian Death Eater telah menyerang rumah Lovegood.
Selepas mereka apparate, mereka telah terserempak dengan snatcher dan kemudian membawa mereka kepada Death Eater di rumah Malfoy. Harry dan Ron dikurung dan mereka berjumpa Luna, Griphhok dan Ollivander(HP philosoper’s stone). Sementara Hermione telah diseksa oleh Bellatrix Lestrange. Harry dan Ron telah diselamatkan oleh Dobby. Kemudian mereka telah pergi berlawan dengan Death Eater dan berjaya menyelamatkan Hermione. Semasa Hendak Apparate, pisau Bellatrix telah berjaya mengenai Dobby dan meneybabkan Dobby terbunuh. Dan pada penghujung cerita menunjukkan bahawa Voldemort berjaya mengambil Elder Wand dari kubur Dumbledore.



me memang suke sangat tengok cite Harry Potter, yang ni mesti nak tengok :D

November 21, 2010

09:47

Keputusan Penuh Pemenang Shout! Awards 2010


Salam semua, Shout! Awarad 2010 telah berlangsung malam semalam. kepada sape yang tak sempat menonton me nak share keputusan penuh pemenang Shout! Award 2010. Yuna bawak balik 3 trofi sekaligus, mantap la yuna!
keputusan terkini shout awards 2010
Keputusan penuh pemenang Shout Awards 2010


  • Rockstar Award (Rock Award) – Bunkface
  • Favourite TV Personality Award – Zizan Raja Lawak
  • Breakthrough Feature Award – Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
  • Popstar Award (Pop Award) – Yuna
  • Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) – Faizal Tahir
  • Fresh TV Series Award – Nur Kasih (Filmscape)
  • Favourite TV Program (Non Drama) – Showdown 2010
  • Music Video Award – Prom Queen (Bunkface)
  • Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) – Mizz Nina
  • Hot Guy Award – Henry Golding
  • Hot Chick Award – Scha Al-Yahya
  • Coolest Radio Announcer Award – Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
  • Favourite Radio Show – HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
  • Best On-Screen Chemistry Award – Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
  • Mobile Artist Of The Year – 6ixth Sense (Tanpa)
  • Break Out Award (Best New Act) – Yuna
  • Ultimate Shout! Award – Yuna
tahniah :D

07:35

Review Filem 2 Alam Yang 'Pecah Panggung'

Disebabkan banyak sangat keyword pasal filem 2 Alam masuk ke blog ni, hari ni me nak share review filem 2 Alam terbitan dR Rozmey. Review dari ohartis.com, kalo nak tunggu review dari me sendiri alamat takde lah entry ni. sebabnye tak larat nak tengok filem 'pecah panggung' ni, me suke filem pecah skrin je huhu ade tak?

Sinopsis filem 2 Alam



Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy atau Adam  dari kota.  Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, rakan Adam dari kecil sibuk mengatur urusan.  Jenazah yang tiba mengalami kesukaran untuk dikendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada.
Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin yang selamat melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan.
Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini, Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Apa yang best dengan filem 2 Alam

  • Pengajaran yang disampaikan walaupun ianya agak lame!
  • Cara kawalan kamera yang patut dipuji.
  • Editing yang boleh dipuji di sesetengah bahagian.
  • Sound effect yang agak mantap.
  • Pelakon baru yang hebat membawa watak masing-masing
Apa yang tidak best dengan filem 2 Alam

  • Satu perkara yang paling tidak best dan mampu membuatkan korang blah terus dari panggung wayang tu adalah flashback yang ada dalam cerita ni. Boleh dikatakan flashback scene-scene yang sama kerap sangat dilihat dan menutup segala yang menarik yang ada dalam cerita ini. Ianya juga dilatar-belakangkan dengan dua lagu iaitu Salam Terakhir dan juga Andai ku Tahu (nyanyian semula Amy Search dan Ramli Sarip). Ianya menjadikan filem ini TERAMAT-AMAT membosankan dan menjadi sebab utama kenapa filem ini dikatakan INDAH KHABAR DARI RUPA!
  • Plot cerita memang merepek. Kejap bincang kahwin dengan orang lain, tiba-tiba masa kahwin dah dengan orang lain pula.

November 20, 2010

11:29

(Gambar) Majlis Akad Nikah Elyana Dan Khairul

ASalam semua, semalam penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang pada pukul 9.40 malam, Jumaat 19 November. Suami Elyana, Khairul adelah pemilik restoran Jepun di Bangsar.











Elyana tampil langsing dan anggun dengan busana berbentuk kurung moden biru Tiffany dengan kilauan lebih 3000 swarozki yang diuliskan di atas busana istimewa yang diilhamkan khas Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture.




Sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000. Hantaran dari pihak lelaki termasuklah setepak sireh, sebentuk cincin berlian Estrella, seutas jam tangan Cerruti, sepasang beg dan dompet Louis Vuitton, set harumanLovely Sarah Jessica Parker dan manisan berbentuk coklat.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sireh junjung, sebentuk cincin Estrella, seutas jam tangan Tag Heuer, sepatu Lacoste, dompet Louis Vuitton, set haruman Bulgari dan buah-buahan. Majlis persandingan akan diadakan pada hari ni, Sabtu pukul 12 tengah hari. 
tahniah :D

November 19, 2010

19:02

(Lawak) Lelaki Gatal


Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

ahah~~~
17:42

AYOUB- Slot Samarinda TV3


Drama terbaru di TV3, AYOUB bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. Drama bersiri 25-episod yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah.


SINOPSIS

Mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka. 

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).

Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.

Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?


jangan lupe tengok heeee :D
15:06

Kutipan Filem 2 Alam RM 2 Juta Sehari!

salam, entry kali ni adelah keyword yang sampai ke ambooyats@blog ni tadi. kebetulan me terbaca artikel kat ohbulan pasal kutipan filem 2 Alam.

x2 3711a70 Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?

pecaya atau tak hari pertama je filem 2 alam berjaya mengutip RM 2 Juta! tu lah yang dikatakan dr Rozmey di harian Metro. tapi..tapi..tapi..pawagam kosong semasa tayangan 2 Alam.

2alamvsHarryporter Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?
macam takde sambutan jek

alamanda Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?
tinjau di pawagam Alamanda...same je

OU Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?
jualan tiket di One Utama (OU), Damansara

apa cer ni dr Rozmey, ni ke yang dikatakan kutip 2 juta untuk hari pertama...emmm ke Metro yang silap tulis???
11:16

(Video Klip) Alyah Hilang Identiti, Tiru Lady Gaga Dan Rihanna

Hi semua, apa pendapat korang bila artis malaysia suka tiru artis barat. macam penyanyi Alyah ni yang suke mengayakan imej ala Rihanna & Lady Gaga. bukan takat imej je tapi dah terikut2 dalam video klip Kau bisu



fesyen rambut Rihanna


video klip Kau bisu, Lady gaga+Rihanna

me tak kisah pun sebab tak minat kat artis nih...eheh

November 18, 2010

17:29

Uncle Seekers Lagi Kisah Cintanya Dengan Bekas Permaisuri Agong

Tak habis2 uncle seekers ni dengan kisah "cinta syyh" nya. sebelum ni uncle seeker dah dedahkan 6 part dan katanya lagi pendedahan tak kan berhenti kat situ saja ada banyak lagi yang die nak kongsikan.


bila ditanya apa tujuan uncle seekers buat pendedahan tu, die menjawab "Berikan dia (Aishah) kebebasan dan jangan halang dia untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya," katanya. tapi yang peliknya uncle seekers mendakwa tidak pernah cintakan Siti Aishah namun tidak menafikan pernah bercinta dengannya. "Bagaimanapun, cinta antara saya bukanlah cinta dalam erti kata sebenar. Atas dasar itu juga saya menggelarnya 'cinta syyhh'," jelasnya.

hmm..me pun da tak paham motif uncle seekers ni. lebih baik pendedahan "cinta syyh" tu tak perlu diteruskan sebab bagi me ia sekadar membuka aib dan boleh menjatuhkan maruah bekas permaisuri sendiri.

@: cerita kontroversi nak naikkan populariti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us