Breaking

March 17, 2012

Kad Diskaun Mahasiswa, MR1M Akan Diperkenal KPDNKK


 
BANGI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT), dalam persidangan Gerakan Pengguna Siswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Menterinya terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 300 penuntut 70 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, kad itu bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.


Kementerian kini katanya berbincang dengan pedagang besar yang terbabit dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.

Kad diskaun tersebut dijangka akan diperkenalkan sebelum bulan Jun tahun ini.

Dalam pada itu rogram Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga dirancang bakal diperluaskan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga mensasarkan lebih 250 produk jenama 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di premis dan koperasi di 20 universiti awam, 27 politeknik dan 78 kolej komuniti serta 500 IPT swasta dalam tempoh sama.

Ismail Sabri berkata, UKM menjadi antara IPT awam yang menawarkan MR1M dengan 16 premis kafeteria menawarkan menu makanan rakyat itu.

Mengulas mengenai persidangan Gerakan Pengguna Siswa, Ismail Sabri berkata, persidangan tiga hari bermula kelmarin itu, menyaksikan perwakilan GPS dari 70 IPT berhimpun dan mengutarakan pandangan dan idea mereka dalam memperkasakan suara pengguna di kalangan mahasiswa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us