Breaking

Showing posts with label berita tempatan. Show all posts
Showing posts with label berita tempatan. Show all posts

January 30, 2021

18:18

UJIAN COVID-19 FASA 3 KINI BERMULA DI MALAYSIA, SUKARELAWAN BAKAL TERIMA SUNTIKAN HARI INI

Bagi mengekang penularan COVID-19, kumpulan pertama sukarelawan negara untuk kajian klinikal fasa tiga vaksin Covid-19 akan menerima suntikan mereka di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, pada Sabtu.



Ia melibatkan 62 individu pelbagai latar belakang yang menerima suntikan bermula hari ini dan hari seterusnya mengikut jadual. Proses yang dilakukan dalam masa kurang lima minit adalah mudah tetapi ketua pusat itu Dr S.L. Vijaya Kumar berkata, para sukarelawan harus kembali dalam dua minggu untuk melakukan suntikan, perjumpaan susulan dalam enam minggu seterusnya dan wawancara telefon akan dilakukan dalam jangka waktu setahun. "Semua sukarelawan berusia lebih 18 tahun, subjek sihat tanpa penyakit serius dan telah menjalani ujian kesihatan termasuk ujian Covid-19 sebelum dibenarkan untuk mengikuti percubaan. "Sebahagian sukarelawan akan menerima vaksin secara rawak dan selebihnya akan mendapat plasebo. "Hasil ujian fasa satu dan fasa dua selamat tanpa kesan buruk dan kajian utama kami sekarang adalah untuk kesan buruk seperti alergi atau ruam," katanya. Dr Vijaya berkata, hospital itu adalah yang pertama di negara ini yang memulakan percubaan itu. 

Ujian klinikal akan dilakukan secara berperingkat di lapan hospital lain di bawah Kementerian Kesihatan. Hospital lain yang terlibat termasuklah Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya, Hopsital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Umum Sarawak

February 8, 2020

09:58

Nasi Lemak Berwarna Anak Malaysia Ini Berjaya Mencipta Nama Di Ireland

Nasi lemak cukup sinonim dengan Malaysia dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara. Malah, pelancong luar negara turut mengakui kelazatan nasi lemak Malaysia.
Terbaharu, seorang gadis dari Malaysia iaitu Siti Safura Mohd Tawil tampil juara di pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020 dalam kategori Asian-Indian cuisine competition class.
Kemenangannya dikongsikan olehnya melalui Instagram milik beliau. Apa yang menarik perhatian adalah beliau ketengahkan menu istimewa iaitu Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan tersebut dan berjaya memikat hati dan deria rasa para juri.
Nasi Lemak Bunga Telang yang dihasilkan oleh beliau cukup unik kerana nasi lemak hadir berwarna biru dan dihidangkan bersama ayam rendang, kerabu dan keropok kering rangup.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut berterima kasih diatas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh ramai pihak sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Siti Safura atas kejayaan yang dicapai dan semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada anda di luar sana untuk tidak putus asa dalam mencapai impian anda.

January 28, 2020

09:27

Isu Rumahtangga Hana Azraa cabar PU Abu - “Saya juga akan keluarkan kenyataan serta bukti selepas dia buka mulut”

ISTERI Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa mempertahankan dakwaannya suaminya itu sedang bermain kayu tiga ketika dia sedang sarat hamil anak pertama mereka.
Menerusi posting di Insta story milikya pada Isnin, dia mencabar suaminya itu dengan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berserta bukti berhubung kecurangan dilakukan PU Abu.
"Saya juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berserta dengan bukti sejurus selepas dia buka mulut," tulisnya ringkas.
Kenyataan dimuat naik Hana di Insta story miliknya pada Isnin.
Dalam pada itu, Hana ketika dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya sebelum ini namun memaklumkan ingin berehat sementara menanti kehadiran cahaya mata mereka beberapa hari lagi.
"Buat masa ini saya perlu masa untuk berehat dan jauhkan diri dari sebarang unsur negatif.
"Kurang daripada seminggu Insyallah saya akan bersalin. Doakan selamat semuanya buat saya dan malaikat kecil ini," ujarnya.
Rumah tangga PU Abu sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila isterinya Hana Azraa mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung dan mendakwa wanita itu sebagai skandal baru suaminya.

Saya juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berserta dengan bukti sejurus selepas dia buka mulut.

HANA AZRAA

ISTERI PU ABU

Perkongsian Hana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut.
Enggan berdiam diri, PU Abu kemudiannya tampil menafikan tuduhan isterinya itu.
Menurut Abu maklumat yang disebarkan isterinya itu hanyalah spekulasi semata-mata dan tindakan melulu itu dibuat berdasarkan emosi ketika hamil.

March 25, 2018

22:02

MYBRAIN TAJA TIGA MODUL: MYMASTER, MYPHD DAN MYPHD INDUSTRI

MYBRAIN TAJA TIGA MODUL: MYMASTER, MYPHD DAN MYPHD INDUSTRI


Peluang tajaan menyambung pelajaran ke peringkat Master dan PHD kini terbuka untuk lepasan ijazah sarjana muda yang berkelayakan.

MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.

MyPhD

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023

MyPhD Industri


MyPhD Industri merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan kepada rakyat malaysia bagi menggalakkan penyertaan industri dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta meningkatkan kolaborasi di antara industri dan universiti
21:57

TAMBAH PENDAPATAN DAN WANG SAKU. EUSAHAWAN DAN EREZEKI APLIKASI YOUCANDUIT

SABAH
 DEWAN ORANG RAMAI BEAUFORT

31-03-2018 to 01-04-2018
Roadshow
PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yakin mampu menarik dan melatih lebih 250,000 usahawan menerusi Festival GegaRia 2018 #KitaOK, yang dianjurkan Media Prima Berhad di Bulatan Amanjaya, Meru.
Naib Presiden Hal Ehwal Korporat MDEC, Razaleigh Zainal berkata, menerusi program eRezeki dan eUsahawan anjurannya, usahawan terutama dalam kalangan belia diberi latihan bersesuaian bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi.
“Sepanjang tiga tahun lalu, kita berjaya melatih lebih daripada 300,000 usahawan menerusi program eRezeki dan eUsahawan dan menjana lebih RM300 juta.


“Menerusi festival ini, kita yakin mampu melatih dan memberi pendedahan kepada lebih ramai belia untuk menjana pendapatan lebih tinggi.
“Alhamdulillah, menerusi pelbagai program yang dianjurkan, kita mendapat impak yang amat baik,” katanya ketika ditemui di gerai pameran #YOUCANDUIT di Bulatan Amanjaya Meru, Ipoh, hari ini.
#YOUCANDUIT adalah n kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.
Razaleigh berkata, menerusi acara itu, MDEC dapat memberi pendedahan kepada masyarakat supaya lebih ramai menyokong program #YOUCANDUIT.
Katanya, selain program eRezeki dan eUsahawan, pihaknya juga melancarkan program baharu dinamakan ‘Global Online Workforce’.
“Kita membawa usahawan yang bekerja untuk menjana pendapatan secara lebih tinggi, contohnya memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk membuat rekaan supaya mereka dapat menjana pendapatan lebih tinggi berbanding sebelumnya,” katanya.

March 24, 2018

22:12

MAKCIK BAWANG MENJADI SEBUTAN, GALAK AKTIVITI MENGOPEK BAWANG SAMBIL BERBUAL KOSONG

MAKCIK BAWANG MENJADI SEBUTAN, GALAK AKTIVITI MENGOPEK BAWANG SAMBIL BERBUAL KOSONG
Image result for bawang
PETALING JAYA: Istilah ‘makcik bawang’ semakin sebati dalam kalangan netizen apabila mereka bercerita sesuatu isu atau perkara di media sosial.
Ia dikaitkan dengan aktiviti mengupas bawang beramai-ramai, yang mana tangan khusyuk mengupasnya dan mulut pula tidak berhenti bercakap sambil asyik bercerita mengenai hal-hal sekeliling termasuk mengata orang lain.
Selepas istilah itu tular, kini tersebar pula beberapa video animasi ‘makcik dan pakcik bawang’ berdasarkan senario yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Istilah 'makcik bawang' diambil daripada aktiviti mengupas bawang sambil bercerita mengenai hal masyarakat.
“Hai Piah bila nak kahwin ni, amboi... jadi anak dara tua baru hang tau. Eh piah, kamu tu dah ada isi ke belum. Lama benar nak tunggu kamu mengandung.
“Sorang je anak, sorang je? Cukup ke? Dua je anak kamu? Tambahlah lagi, ramai-ramai barulah seronok.
“Ramainya anak kamu Piah, kamu ni mengandung beranak mengandung beranak, apalah kamu ni?,” demikian dialog ‘makcik-makcik bawang’ dalam salah satu posting animasi yang menggunakan aplikasi telefon pintar, yang dimuat naik seorang jurusolek di laman sosial.

Jurusolek berkenaan, Noor Ezzreen Abdu Razak, 26, berkata, beberapa video yang tular itu dihasilkannya sendiri selepas mahu menghasilkan video animasi menggunakan gambar anaknya yang berusia 14 bulan menerusi aplikasi tersebut.
Dia yang lebih dikenali sebagai Bunga menjelaskan, ia dibuat sekadar suka-suka apabila menemui gambar beberapa biji bawang dalam galeri gambar di telefon bimbitnya.
“Bila terjumpa gambar bawang, teringat makcik dan pakcik bawang. Saya pun buat guna suara sendiri dan dialog berdasarkan kisah masyarakat yang sering kita dengar.
“Mulanya saya buat makcik bawang saja, lepas tu ada yang tanya pakcik bawang tak ada ke? Jadi saya pun buat, masih guna suara sendiri tetapi diedit menjadi suara lelaki,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Bunga yang menjadi jurusolek sejak sembilan tahun lalu memberitahu, salah satu posting yang dipaparkan juga berdasarkan kisah benar mengenai dirinya sendiri.
“Saya dah berkahwin kira-kira empat tahun, dan bukan terus mengandung selepas kahwin. Jadi, ada makcik-makcik yang tanya saya bila nak dapat anak. 
“Sekarang dah ada anak seorang, ada lagi yang tanya saya bila nak beranak lagi. Saya kata kalau ada rezeki adalah, tapi kadang-kadang bergurau kata ‘ada kat atas tu makcik, dia tengah main buaian dengan kawan-kawan, belum turun lagi’, bila kata macam tu mereka tahulah saya malas nak layan,” katanya secara berseloroh.
Namun tidak dinafikan, kerjayanya sebagai jurusolek sering berdepan dengan situasi ‘makcik-makcik bawang’ apabila menyolek pengantin di majlis kahwin.
“Yang selalu jadi mangsa dah tentu pengapit sebab biasanya mereka belum berkahwin. Jadi, makcik-makcik akan tanya yang kawan tu (pengantin) dah nak kahwin, pengapit bila lagi,” katanya.

Bagaimanapun Bunga menegaskan bahawa meskipun jurusolek sering dilihat begitu ramah, tetapi tidak bermakna mereka seorang yang suka ‘menjaga tepi kain orang’.
“Saya memang peramah terutama bila berhubung dengan pelanggan. Tapi bila bekerja, saya perlu profesional dan beri tumpuan menyolek pelanggan. Kisah peribadi pengantin saya kena simpan, kena hormati mereka.
“Tapi saya akui memang suka juga ‘membawang’... kalau dengan teman-teman rapat saja. Cakap pun pasal mereka juga depan-depan secara bergurau dan masing-masing tak ambil hati pun,” katanya sambil menambah gurauan itu merapatkan lagi hubungannya bersama teman-teman selain membantu mengurangkan tekanan

14:45

PENJENAMAAN CHATIME KEPADA TEALIVE. CHATIME MENYATAKAN MASIH WUJUD DAN MENDAPAT STATUS HALAL

PENJENAMAAN CHATIME KEPADA TEALIVE. CHATIME MENYATAKAN MASIH WUJUD DAN MENDAPAT STATUS HALAL

Related image
Ini adalah isu yang dah lama bermain di mulut netizen dan rakyat Malaysia dan paling penting, mereka percaya yang Chatime telah menukar nama perniagaan mereka kepada Tealive. Ialah sekali imbas memang seakan-akan sama imej dan jenis perniagaan yang dijalankan. Sebenarnya Chatime masih ada dan Tealive bukan pengganti kepada Chatime malah kedua-dua jenama ini langsung tidak berkaitan.

Tapi kita mesti akan perasan bagaimanapun tetap Chatime memiliki banyak keistimewaan dan kualiti yang lebih baik. Ini kerana Chatime Malaysia yang original masih ada lagi dan Tealive bukanlah pengganti Chatime.

Chatime Malaysia Sdn. Bhd. mengeluarkan surat tuntutan terhadap Loob Holding Sdn. Bhd. kerana menyatakan jenama Chatime telah ditukar nama kepada Tealive sekali gus mengelirukan orang ramai. Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, laman web rasmi Loob Holding secara jelas menyiarkan dua tajuk iaitu ‘Chatime dinamakan semula sebagai Tealive’ dan ‘Tealive ganti Chatime’.

ALIZA ALI (kiri) dan Widayu Latiff nekad untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia.

Katanya, tindakan Loob Hol­ding itu telah mengelirukan orang ramai yang mana bercanggah dengan situasi sekarang bahawa Chatime masih berope­rasi di Malaysia di bawah pemegang lesen induk baharu, Will Group Sdn. Bhd.

Kami telah memberikan me­reka tempoh yang lama iaitu satu tahun untuk memperbetulkan isu ini, malangnya laman web rasmi Loob Holding masih menyiarkan dua tajuk utama ber­kenaan. Tajuk itu masih ada sehingga Februari 2018, yang menyebabkan ramai orang mempercayai bahawa jenama Chatime sudah tiada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co. Ltd. (La Kaffa) pada Mei 2017 telah melantik Will Group sebagai pemegang lesen induk Chatime Malaysia. Chatime Malaysia kini dimiliki sepenuhnya oleh Will Group.

Setahun selepas mengambil alih pasaran Chatime di Malaysia sebagai francaisi induk, Aliza berkata, pihaknya kini mengambil langkah yang perlu untuk melindungi jenama yang mungkin termasuk prosiding undang-undang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Wi­dayu Latiff berkata, kenyataan yang mengelirukan daripada Loob Holding telah memberi impak kepada jenama Chatime.

Kami berasa bertanggungjawab untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Kisah Antara Chatime Dan Tealive


Situasi tegang ini semuanya bermula apabila Loob Holding mengumumkan untuk menje­namakan semula 165 cawangan Chatime di Malaysia sebelum 6 Mac selepas La Kaffa menamatkan perjanjian francaisnya pada 5 Januari 2017.

La Kaffa mendakwa pemegang francaisnya bagi pasaran Malaysia, Loob Holding menggunakan bahan mentah tidak diluluskan dan gagal membayar hutang tertunggak pada Februari 2017. Menurut La Kaffa, Loob Hol­ding telah melanggar kontrak pemegang francais apabila menggunakan bekalan bahan mentah berbeza daripada resipi asal tanpa menerima kelulusan daripada La Kaffa.

La Kaffa me­ragui status halal bahan mentah yang digunakan oleh Loob Hol­ding termasuk serbuk teh dan serbuk koko selepas kedua-dua bahan tersebut tidak dibeli secara terus melalui La Kaffa sebagaimana termak­tub di dalam kontrak,” katanya.

Walau bagaima­napun, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo menafikan semua dakwaan La Kaffa itu.

Perjanjian Loob dan La Kaffa sepatutnya berakhir pa­da 2041. Namun, ia telah ditamatkan ke­­rana terdapat perbezaan pendapat an­tara firma Taiwan itu dengan hala tuju perniagaan Chatime di Malaysia ketika itu.

Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM

Selama ini Chatime adalah premis yang menjual minuman yang halal di mana bahan yang digunakan mereka mempunyai Halal Certified daripada Taiwan, mankala bahan seperti susu, gula, dan sebagainya ialah produk daripada Malaysia. Mungkin ada yang belum tahu, baru-baru ini sahaja mereka menerima sijil halal daripada pihak JAKIM yang membuktikan betapa seriusnya Chatime dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan di Malaysia.

Ini sekaligus membolehkan Chatime terus diberikan kepercayaan 100% oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk yang beragama Islam untuk terus menikmati pelbagai jenis minuman di Chatime tanpa sebarang kompromi. Tahniah Chatime!

P/S: CHATIME istimewa dengan saiz cup yang besar dan TEALIVE ternyata lebih ekonomi. Chills
12:58

PENJUAL KOSMETIK TERLALU YAKIN SEHINGGA LUPA DIRI AKIBAT TERLALU 'CANTIK'

PENJUAL KOSMETIK TERLALU YAKIN SEHINGGA LUPA DIRI AKIBAT TERLALU 'CANTIK'
Sebelum yakinkan orang laen ,kena yakin kan diri sendiri dahulu

let say:
kalo nak jual produk kecantikan, tapi bile tengok muka penjual tu sendiri ade jerawat mesti kite tak lalu nak beli kan?

Image result for KOSMETIK PENGASAS


Image result for KOSMETIK PENGASAS

Image result for KOSMETIK PENGASAS

Kemunculan mereka ini dengan pelbagai kontroversi mewarna warnikan dunia hiburan.
12:46

Ambiga Sreenevasan, Penggerak Kempen BERSIH Yang Mengalakkan Demonstrasi Jalanan

Ambiga Sreenevasan, Penggerak Kempen BERSIH Yang Mengalakkan Demonstrasi Jalanan
Image result for ambiga
Ambiga Sreenevasan (lahir 1956) merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.
Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.
Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.[1]
Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam

August 1, 2015

08:24

Harga Terkini Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Turun 10 Sen Bagi Ogos

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.
“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini,” kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.
Dakwaan itu menggunakan “Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan” sebagai sumber maklumat tersebut. – BERNAMA

July 31, 2015

14:05

VIDEO Misteri Pesawat MH370 Kini Terjawap


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menghantar dua pasukan – satu ke bandar raya Toulouse, Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion – berikutan penemuan serpihan pesawat di pulau Lautan Hindi itu.
Kata perdana menteri, laporan awal membayangkan bahawa serpihan berkenaan besar kemungkinan berasal daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777, tetapi langkah perlu diambil untuk memastikan sama ada ia adalah daripada pesawat MH370 Malaysia Airlines, yang hilang pada 8 Mac 2014.
Melalui catatan dalam blog beliau, NajibRazak.com, Najib berkata pada peringkat ini, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.
“Malaysia menerima berita daripada pihak berkuasa Perancis bahawa serpihan pesawat terdampar di pantai Reunion, pulau milik Perancis di Lautan Hindi, di timur Madagascar.
“Untuk mendapatkan kepastian dengan secepat mungkin, pihak berkuasa Perancis akan menghantar serpihan itu ke Toulouse, tempat terletaknya pejabat BEA terdekat, pihak berkuasa Perancis yang bertanggungjawab bagi penyiasatan berhubung nahas penerbangan awam,” kata beliau.
Najib berkata pasukan Malaysia yang menuju ke Toulouse terdiri daripada wakil kanan daripada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, pasukan penyiasat MH370 dan Malaysia Airlines.
“Pada waktu sama, pasukan kedua Malaysia pula menuju ke tempat serpihan itu ditemui di Reunion,” katanya.
Lokasi berkenaan, kata beliau, adalah sejajar dengan hasil anlisis hanyutan yang diberi kepada pasukan penyiasat Malaysia melibatkan laluan dari selatan Lautan Hindi ke Afrika.
Najib berjanji bahawa sebaik sahaja mendapat lebih banyak maklumat atau pengesahan, kerajaan akan mengumumkannya kepada orang ramai, sambil menyatakan bahawa sebelum ini, terdapat begitu banyak berita palsu.
“Tetapi, demi kepentingan keluarga yang kehilangan orang tersayang dan yang melalui ketiadakpastian yang begitu memeritkan perasaan, saya berdoa agar kita akan menemui kebenaran agar mereka akhirnya memperoleh khabar yang meyakinkan serta menikmati kedamaian jiwa.
“Saya berjanji kepada keluarga mereka yang hilang itu bahawa biar apa pun terjadi, kami tidak akan berhenti daripada berusaha,” kata beliau.
Menurut laporan, selain kepingan serpihan, satu beg pakaian juga ditemui berhampiran tempat sama dan ini meningkatkan lagi spekulasi bahawa ia berasal daripada pesawat yang hilang itu.
Pesawat MH370 yang membawa 239 orang terdiri daripada anak kapal dan penumpang, hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur. – BERNAMA

Komen

May 2, 2013

07:30

Punca Sebenar Dakwat Kekal Mudah Hilang Kesilapan Petugas Tidak Goncang Botol


07:29

Penjelasan SPR Isu Dakwat Kekal Boleh Hilang Dan Tanggal


April 23, 2013

14:05

Mesej Terakhir Arwah Syahmie Farid Izzat, Mangsa Kemalangan di Federal Highway


Berita kemalangan di Federal Highway awal pagi semalam sememangnya amat mengejutkan rakyat Malaysia. Kemalangan maut yang melibatkan 2 biji kereta dan 4 biji motosikal ini mengorbankan 5 orang mangsa. 3 berbangsa Melayu, 1 berbangsa Cina dan 1 berbangsa India. Satu kejadian yang amat menyayat hati dan sukar dilupakan rakyat Malaysia apalagi OhMedia sebagai media terawal yang menyalurkan berita tersebut kepada umum melalui artikel di Di Sini!.
ohartis-kemalangan-federal-highway-3_o
Kami ingin berkongsi status terakhir di Facebook salah seorang mangsa iaitu Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, berusia 21 tahun. Di dalam kejadian ini berfaktakan laporan dari pihak polis, boleh dikatakan arwah Syahmi atau lebih dikenali sebagai Ejart berada pada masa yang tidak kena ketika itu (menjadi asbab kematiannya).
Ketika 3 remaja lain dilanggar oleh sebuah Honda City, 3 kematian telah berlaku iaitu 2 penunggang motosikal dan 1 pemandu Honda City yang tercampak ke luar dari kereta. Kemudiannya berhenti sebuah BMW untuk membantu mangsa yang tercampak di atas jalanraya serta bagi mengelakkan mangsa dilanggar oleh kenderaan lain.
Seorang lelaki berbangsa India meluru keluar dari kereta dan ketika ini arwah Ejart yang datang dari jauh tidak sempat untuk mengelak dan terus melanggar lelaki India tersebut. Kedua-dua’nya juga turut maut ditempat kejadian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5 kematian.
Apa yang memilukan apabila kami menerima banyak mesej melalui Facebook Oh! Media tentang Facebook milik arwah yang masih wujud sehingga artikel ini ditulis. Melihat antara status-status terakhir arwah Ejart benar-benar mengusik jiwa bagai mengenali Ejart dengan lebih dekat.

ohartis-arwah-Ejart-Crackk-1
 
Status di atas ini adalah status terakhir arwah Ejart beberapa jam sebelum meninggal dunia.
“Malam minggu?? **’flying high’ sambil2 berbaring atas si gemok…”
Timbul persoalan siapakah “Si Gemok” yang dimaksudkan arwah dan adakah “flying high” membawa maksud yang arwah akan pergi buat selama-lamanya?
Sebenarnya “Si Gemok” yang dimaksudkan arwah adalah motor miliknya yang dinaiki pada pagi itu. Caption pada gambar yang dimuat-naik oleh arwah sendiri pada 17 April 2013 lalu menceritakan segalanya.
903822_562368367129871_966786035_o
ohartis-arwah-Ejart-Crackk-2
Keadaan motor arwah dan kereta BMW kesan dari pelanggaran tersebut:

 
ohartis-kemalangan-federal-highway-4_o
Sabtu lalu di mana sehari sebelum kematiannya, arwah juga ada mengeluarkan status berikut:

ohartis-arwah-Ejart-Crackk-3
 
Semua ini dilihat oleh rakan terdekat arwah sebagai “petanda” yang arwah akan pergi selama-lamanya meninggalkan mereka semua. Apapun no such thing sebenarnya dan apa yang berlaku ini hanyalah kebetulan sahaja. Allah maha mengetahui.
ohartis-arwah-Ejart-Crackk-4
Kami dimaklumkan mayat arwah telah selamat dituntut di hospital pada subuh hari kejadian dan selamat dikebumikan pada jam 9 pagi hari yang sama. Kami secara peribadi amat terasa akan kehilangan arwah biarpun tidak pernah mengenali arwah sebelum ini. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menempatkan arwah bersama golongan orang yang beriman dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah. Al-Fatihah! – OH ARTIS!

January 11, 2013

15:21

KL112: Himpunan Kebangkitan Rakyat Di stadium Merdeka


Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pihak pembangkang akan tetap diadakan di Stadium Merdeka Sabtu, walaupun terdapat cadangan agar mereka mengadakannya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan kekal untuk berkumpul di Stadium Merdeka kerana telah mendapat kebenaran daripada balai polis Dang Wangi, walaupun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan agar penganjur mengadakan himpunan tersebut di stadium Bukit Jalil.
"Kita telah buat persiapan rapi di Stadium Merdeka sejak beberapa bulan lalu dan menguar-uarkan lokasi tersebut kepada semua peserta.
"Kebanyakan peserta datang akan menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dan Stadium Merdeka adalah lokasi paling dekat dengan semua kemudahan awam berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini, Jumaat. Beliau turut mengesahkan bahawa peserta KL112 akan berkumpul di lapan lokasi yang ditetapkan sebelum mereka berarak ke Stadium Merdeka.
Mat Sabu mendakwa rancangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak polis dan mendapat persetujuan pihak berkuasa.
"Kita akan berhimpun di lapan lokasi dan berjalan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka di mana di setiap titik pertemuan akan diketuai oleh beberapa orang pemimpin dari Pakatan Rakyat.
"Perkara ini telah kami bincangkan dan persetujuan telah dicapai dan mendapat kebenaran dari Ketua Polis Dang Wangi," ujarnya.
Lapan lokasi tersebut adalah Jalan Sultan, Pasar Seni, Kelab Sultan Sulaiman, KLCC, Brickfields, Masjid Arrahman Universiti Malaya, Amcorp Mall, dan Masjid Negara.
Tambah Mohamad, perjalanan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka itu bukan seperti protes jalanan yang dibuat sebelum ini sebaliknya berjalan secara aman.
"Ia hanya jalan beramai-ramai dan bukan protes atau demonstrasi, kita tidak benarkan sebarang sepanduk yang boleh mengancam keamanan negara atau menghina kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut berada di sidang media tersebut memberitahu seramai 10,000 anggota polis, Unit Amal PAS serta Angkatan Muda PKR turut akan bekerjasama memastikan keselamatan peserta sepanjang perhimpunan tersebut.

January 7, 2013

07:29

Gambar Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Gambar Kanang disemadi dengan penghormatan negara

KUCHING – Mendiang pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau disemadikan dengan penuh penghormatan negara di Makam Pahlawan di sini pada pukul 4 petang semalam.
Upacara tersebut yang dihadiri kira-kira 3,000 orang bermula pada pukul 1.30 petang di Gereja St. Thomas Cathederal dalam cuaca mendung dan diselubungi suasana sayu.
Terdahulu, keranda mendiang ditempatkan di Dewan Suarah, Jalan Taman Budaya di sini bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Keranda yang membawa mendiang itu diusung ke makam tersebut oleh lapan anggota tentera yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hadir memberi penghormatan terakhir mewakili kerajaan Persekutuan manakala kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang

January 6, 2013

10:21

Gambar Mayat Nureffa Sahira Di Semporna Sabah, Disumbat Dalam Tong Dram


Ini adalah gambar penemuan mayat Nureffa Sahira Ringkasan Di Semporna Sabah. Sebelum ni memang kecoh kisah kanak-kanak ini dilaporkan hilang beberapa hari lalu. Namun, paling menyayat hati apabila mayat Nureffa ditemui dalam keadaan yang berlipat dan hampir reput dalam tong dram. Mangsa juga dipercayai dibunuh dengan kejam sebelum dibuang ke dalam tong terbabit di ladang sawit di Kampung Salimbangun. Punca sebenar kematian masih lagi dalam siasatan.
nureffa sahira
Mayat Nureffa itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu. Menurut ahli keluarga mangsa, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

January 4, 2013

17:03

Gambar Kanang Anak Langkau Diberi Penghormatan Terakhir Dengan Jalur Gemilang

Gambar Kanang Anak Langkau Diberi Penghormatan Terakhir Dengan Jalur Gemilang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan balu mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, Datin Brawang Chunggut meletakkan Jalur Gemilang di atas keranda pahlawan negara itu di rumah mayat Hospital Umum Sarawak di Kuching, Sarawak, Jumaat. Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar (kiri). Mendiang Kanang, 68, meninggal dunia pada 1.45 pagi Khamis akibat serangan jantun
10:57

Bayi Dihurung Semut 'Zuriat' Tak Disangka

Bayi Dihurung Semut 'Zuriat' Tak Disangka.
SAMPAI HATI...bayi perempuan dibuang di tempat pembuangan sampah.
SAMPAI HATI...bayi perempuan dibuang di tempat pembuangan sampah.
SHAH ALAM: “Doa saya setiap hari agar kami dikurniakan anak, akhirnya dimakbulkan Allah sekalipun dalam keadaan begini.
“Mungkin penemuan ini ada hikmahnya, saya berasa gembira walaupun geram dan sedih melihat tubuh bayi yang dibiar kesejukan,” kata Mohd Zakaria Saharudin, 43, yang menyelamatkan seorang bayi perempuan dipercayai dibuang.
Bayi perempuan berkenaan ditemui atas lantai tempat buang sampah, berdekatan Kota Kemuning, dekat sini, semalam.

Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.

January 2, 2013

13:17

Wanita Madukan Suami Dengan Doktor


Wanita Madukan Suami Dengan Doktor. BATU PAHAT: Rahsia seorang wanita beranak dua ‘memadukan’ suami selepas dipercayai bernikah dengan seorang doktor di Thailand, Julai lalu, terbongkar apabila rumah dihuni pasangan itu di Penggaram, di sini, diserbu pihak berkuasa, semalam.
AMBIL KETERANGAN...penguat kuasa JAJ menyoal siasat doktor terbabit.
AMBIL KETERANGAN...penguat kuasa JAJ menyoal siasat doktor terbabit.

Dalam serbuan itu, wanita berusia 35 tahun terbabit berkeras kononnya sudah ‘menceraikan’ suami pertama ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Batu Pahat, jam 1.30 pagi.

Malah, seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai abang wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu, memarahi doktor terbabit yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan adiknya.

Pada masa sama, seorang lelaki dipercayai suami pertama wanita terbabit juga tiba tidak lama kemudian dan hanya mendiamkan diri.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Penguat Kuasa JAJ Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pada mulanya, wanita terbabit menafikan dia dan suami keduanya itu sudah bernikah, tetapi mengubah pengakuan selepas didesak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us