Menjelang Mei depan, Dataran Putrajaya pastinya menjadi medan berkumpulnya para belia seluruh negara sempena program Himpunan Jutaan Belia 2012.
Jika lihat pada penganjuran yang lepas, orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri depan mata persembahan secara langsung artis Super Junior M yang mampu menarik minat bukan saja belia berbangsa Cina tetapi ramai anak muda pelbagai kaum sanggup datang berkumpul pada malam itu.
Yelah, yang datang bukan saja belia dari sekitar lembah Klang tetapi ramai juga belia dari Sabah, Sarawak, Johor dan Perak yang hadir.
Memandangkan penganjuran Hari Belia tahun ini sudah hampir tiba, adakah kali ini pihak penganjur bakal membawa artis dari Korea Selatan lagi? Apa taknya artis K-Pop sudah menjadi fenomena kat Malaysia sekarang. Bukti yang terdekat, kedatangan Girl Generation pada minggu lalu telah mampu menarik minat hampir 50,000 orang untuk datang menyaksikan persembahan mereka.
Walaupun pihak penganjur Hari Belia masih belum mempunyai keputusan muktamad siapakah artis K-Pop yang bakal datang ke Malaysia Mei ini, Murai Batu diberitahu bahawa berkemungkinan besar Super Junior akan dipanggil sekali lagi. Oh benarkah begitu? Tiada artis lain ke?
Dengarnya, kali ini penganjur akan membawa turun semua anggota Super Junior yang asal dan bukannya seperti tahun lalu yang hanya membawa Super Junior M.
Keputusan ini bagaimanapun masih belum sah kerana ada lagi nama artis K-Pop yang dicadangkan termasuklah Teen Top
No comments:
Post a Comment