Breaking

March 23, 2012

Najib Mahu Lynas tutup jika mudarat




PETALING JAYA – Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ia memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
“Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.
“Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi,” katanya pada temu bual dengan stesen radio 988 FM di sini semalam.
Beliau ditemu bual oleh DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui pada program 988 Street VIP selama satu jam.
Najib berkata, dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas itu digunakan untuk tujuan politik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us