KOTA BHARU: Suratan atau kebetulan apabila penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis cantik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey terpilih sebagai model untuk produk kecantikan SimplySiti milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Khairul Fahmi atau Apek dan Leuniey terpilih sebagai model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ yang ditawarkan dengan tiga jenis haruman iaitu Pure, Memoire dan Precious yang bakal ditayangkan di televisyen pertengahan April ini.
Pengurus Kanan Penjenamaan dan Pemasaran SimplySiti, Amiel Junita Nasir berkata, Khairul Fahmi dipilih sebagai ikon sukan khusus untuk minyak wangi berkenaan dan turut digandingkan dengan SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda dan Adam Yahya, Pengarah Ibex Group sebagai ikon pengurusan korporat.
“Ketiga-tiga mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity. Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk buat sesuatu kelainan,” katanya.
No comments:
Post a Comment