Breaking

March 26, 2012

Petua elak mulut berbau, Nafas kekal segar


TAHUKAH anda bau mulut yang busuk, pereputan gigi dan gusi bengkak berpunca daripada plak? Memiliki kesihatan mulut yang sempurna penting untuk memiliki personaliti meyakinkan dalam hidup?
 
Plak adalah masalah utama penjagaan mulut. Menentang plak adalah proses sepanjang hayat untuk mendapatkan kesihatan mulut yang sempurna. 
Plak boleh menyebabkan pembentukan kaviti (lubang) yang melemahkan gigi. Terdapat peningkatan risiko pembentukan kaviti sekiranya plak tidak dibuang dengan pemberusan sempurna dan melakukan flos.

Sekiranya dibiarkan, kaviti mungkin akan menjadi besar dan memberi tanda seperti sakit gigi yang akan bertukar menjadi jangkitan.




Dalam satu kajian dilakukan The Nielsen Co, ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui fakta ini justeru, mereka tidak terlalu mengambil berat kepentingan penjagaan mulut.

Jangan perlekehkan hal ini kerana bermula dengan kesihatan mulut yang terjaga rapi, ia membantu anda membina keyakinan diri seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.

Justeru, Oral-B, pakar penjagaan mulut yang memiliki lebih 50 tahun pengalaman dan jenama yang disarankan doktor gigi seluruh dunia kini melancarkan kempen Oral-B ‘Brush More, Smile More Malaysia 2012’ dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai plak sebagai punca utama masalah gigi.

Di samping itu, ia turut bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan mulut untuk mencapai personaliti yang meyakinkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Singapura, Ellie Xie, berkata, kajian terbaru yang dijalankan The Nielsen Co pada 18 Januari hingga 7 Februari lalu terhadap 300 rakyat Malaysia mendapati, 54 peratus rakyat Malaysia tidak memahami apakah itu plak, sementara majoriti (sehingga 95 peratus) tidak tahu plak punca utama masalah gigi.

Bagaimanapun, 93 peratus daripada responden bersetuju nafas yang segar membina keyakinan.

“Dengan kedudukan jenama kukuh ini, Oral-B di Malaysia sesuai untuk menyampaikan selok-belok penjagaan mulut kepada pelanggan bagi mendapatkan senyuman lebih meyakinkan,” katanya pada majlis perasmian dan pelancaran kempen berkenaan, baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Setiausaha Kehormat Persatuan Pegigian Malaysia, Dr Chow Kai Foo. Hadir sama, pakar bedah gigi dan angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed, yang menyampaikan ceramah berkenaan kepentingan memiliki gigi yang sihat untuk senyuman meyakinkan.

Selain itu, Pengarah Operasi Cold Storage, Charles Van Coller dan Pengurus Besar Giant, Tham Oi Loon, turut hadir memeriahkan suasana.

Kajian ke atas 300 rakyat Malaysia berusia antara 16 hingga 55 tahun mendapati, walaupun majoriti (95 peratus) menyedari masalah gigi utama, hanya 44 peratus benar-benar bimbang mengenainya.

Kajian juga mendapati, rakyat Malaysia rajin memberus gigi mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap hari (72 peratus) tetapi tidak menggunakan teknik memberus yang betul seperti disarankan doktor gigi.

Apabila bercakap mengenai keyakinan, 93 peratus responden bersetuju nafas yang bersih membina keyakinan manakala 78 peratus responden bersetuju mereka berasa kurang yakin sekiranya mempunyai gigi yang reput.

Sementara itu, 81 peratus lagi mengawal ketawa sekiranya mereka mempunyai gusi yang bengkak dan nafas yang busuk.

Sehingga 54 peratus daripada mereka bersetuju mereka tidak akan keluar untuk janji temu dengan orang yang memiliki nafas berbau sementara 59 peratus wanita bersetuju mereka lebih rela keluar untuk temu janji dengan lelaki botak berbanding lelaki bernafas busuk.

Atas sebab ini, doktor gigi menyarankan pemeriksaan mulut dilakukan setiap enam bulan. Bagaimanapun, menurut kajian itu, hanya 10 peratus responden mengunjungi doktor gigi dua kali setahun. Lebih membimbangkan, 79 peratus mengunjungi doktor gigi hanya apabila mereka mempunyai masalah gigi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us