Breaking

March 24, 2012

Aliff Aziz merisik Anne ngasri?

 

SEBELUM ini pelakon Nasriah Ngasri atau Anne, 28, digosip bercinta dengan penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz, namun mereka menafikannya.
Terkini, Anne yang juga ibu tunggal kepada tiga anak, Abdul Warits, 6, Abdul Watri, 4, dan Na’szhara Afroza, 2, dihujani spekulasi ekoran kehadiran ibu Aliff, Siti Hafiza yang datang dari Singapura untuk berjumpa keluarga Anne di Kuala Lumpur.
menurut Anne sendiri;
ANNE: Ibu Aliff datang ke Kuala Lumpur bukan untuk berjumpa Anne, tapi sebenarnya untuk berjumpa Aliff untuk melawat anaknya itu. Tapi, memandangkan kami sangat baik, jadi alang-alang ummi (panggilan Anne untuk ibu Aliff) Aliff langsung datang bertemu keluarga Anne untuk mengenali lebih dekat dengan siapa anaknya berkawan.
Kebetulan juga kami rapat kerana Aliff terlibat dalam drama terbitan syarikat produksi saya, Antara Kita. Anne mengaku agak rapat dengan Aliff dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Tapi sejujurnya, belum sampai tahap untuk pergi jauh sehingga itu.
Anne tidak rasa Aliff terlalu muda untuk pikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga orang anak Anne itu?
Anne memang menitikberatkan soal itu kerana apa yang penting ialah anak-anak saya. Tapi, bila cakap tentang perhubungan, saya kini solo dan tiada sesiapa dalam hidup saya, jadi tidak salah jika saya berkenalan dengan sesiapa. Namun buat masa ini, belum lagi hingga ke tahap tersebut. Usia bukan penghalang dan jodoh pertemuan ditentukan Allah. Dia juga sudah kenal dengan anak-anak Anne.
Keluarga pula bagaimana? Tidak kisah dengan perhubungan Anne dan Aliff?
Alhamdulillah, keluarga Anne tidak berkata apa-apa. Apa pun, Anne sentiasa memerlukan restu keluarga untuk berbuat apa jua dalam hidup ini. Anne juga sentiasa berdoa semoga Tuhan berikan yang terbaik buat Anne dan anak-anak.
Anne bukan mahu terlalu ingin hebohkan tentang perhubungan ini, tapi Anne tidak mahu menjadi hipokrit. Ini kerana jika orang nampak kami berdua, orang masih akan bercakap. Jadi lebih baik Anne jujur.
BERIKUT pula sedutan temu bual bersama Aliff, 21, yang bakal muncul dengan single, Jangan Ganggu Pacarku.
Kosmo!: Benarkah ibu Aliff datang ke Kuala Lumpur untuk merisik Anne? Boleh komen?
ALIFF: Sebenarnya, apa yang digembar-gemburkan dalam laman Twitter dan Internet mengatakan keluarga saya datang merisik Anne adalah tidak benar dan hanya propaganda. Memang ummi Aliff pergi berjumpa keluarga Anne, tapi hanya untuk mengeratkan silaturrahim memandangkan ummi ingin tahu dengan siapa anaknya berkawan.
Kedua-dua keluarga Aliff dan Anne tidak kisah dengan hubungan kalian berdua?
Kedua-dua keluarga kami tiada masalah, kami semua okay sahaja. Tidak salah, jika Aliff mahu berkawan dengan sesiapa. Biasalah, jika kita berkawan, mesti lepak dan keluar bersama, jadi saya memang rasa ia bukan masalah besar. Sebab pastinya jika kita berkawan rapat dengan sesiapa, ibu bapa pasti ingin kenal dengan rakan kita itu.
Berapa lama Aliff sudah mengenali Anne dan bagaimanakah sekiranya kalian berdua bertemu jodoh?
Baru empat bulan. Jodoh adalah untuk setiap orang dan kita tidak boleh melawan takdir. Jika dijodohkan oleh Tuhan kami bersama, saya tidak kisah. Tapi buat masa ini, belum lagi kerana memang saya terlalu muda untuk fikirkan perkara ini. Kalau jodoh, tidak kira apa pun, saya harus kotakan tanggungjawab sebagai suami. Kami sebenarnya masing-masing faham dan sentiasa menyokong.
Ada pihak kata Aliff terlalu muda untuk Anne. Boleh komen?
Pada saya, status dan usia bukan menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Apabila kita berkawan dengan orang, saya akan lihat karakternya. Lagipun, saya tidak boleh menjaga hati semua orang kerana orang sentiasa berkata-kata. So, just do whats best and always think positive. Saya akui kami sangat rapat berkawan dan ia bukan perkara besar. Saya tidak mengerti mengapa mereka harus memperbesarkan hal ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us