Kini tiada lagi nota berbunyi ‘Aku Tak Percaya Cinta’ kerana pelakon serta penyanyi Liyana Jasmay kini bak single kedua dan ketiganya, ‘Aku Jatuh Cinta’ dan ‘Cinta Bersatu’ dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan. Mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu, pelakon filem Papadom ini bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2013.
Menyentuh mengenai pemilihan tarikh 24 Januari sebagai tarikh pernikahannya, Liyana ketika ditemui sejurus selesai majlis pertunangannya memberitahu, “Sebenarnya saya nak tarikh 22 Januari iaitu genap satu tahun ulangtahun perkenalan kami, tapi ia jatuh pada hari Isnin.
“Namun, setelah difikir, buat 24 Januari pun bagus juga sebab ia Khamis malam Jumaat. Apa-apapun, kami memang nak buat Januari sebab ia bulan yang terindah buat kami berdua,” ujar Liyana yang akan berangkat ke New York pada Julai ini.
“Saya pergi ke sana selama enam bulan bagi melanjutkan pelajaran di New York Film Academy. Inilah dugaan pertunangan kami tapi saya yakin, apa yang paling utama ialah kepercayaan antara kami dan juga doa dari ahli keluarga. InsyaAllah, saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Kami pun dah biasa jarang berjumpa sebab dia selalu berada di Sabah menguruskan perniagaannya.”
Ditanya kepada Fathuddin tidakkah dia risau mengenai keberangkatan tunangnya itu, beliau menjawab, “Selepas tahu emak dia akan ikut sekali dan nak jaga dia di New York, saya tak perlu risau lagi. Lagipun sekarang ini semuanya di hujung jari, jadi kami boleh sentiasa berhubung.”
Sebelum berangkat, Liyana memberitahu akan menyelesaikan beberapa persiapan perkahwinannya terlebih dahulu seperti pemilihan lokasi, konsep perkahwinan, pelamin, busana pengantin dan senarai tetamu. Liyana juga kini sedang melunaskan baki penggambaran drama bersiri, ‘3 Janji’ untuk slot Lestary di TV3.
No comments:
Post a Comment