Breaking

Showing posts with label kad diskaun pelajar. Show all posts
Showing posts with label kad diskaun pelajar. Show all posts

August 29, 2012

14:47

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), Senarai 1,200 Kedai dan Pasaraya Terpilih


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), Senarai 1,200 Kedai dan Pasaraya Terpilih. Bertuan adik-adik ni dapat Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Ambo tak sempat lah nak merase ;(
PETALING JAYA - Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) secara berperingkat-peringkat bermula semalam.
Kad diskaun yang diwujudkan sebagai usaha untuk membantu meringankan beban sara hidup pelajar sepanjang pengajian itersebut boleh digunakan di 1,200 cawangan kedai dan pasar raya terpilih bermula 1 September depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama pemberian kad tersebut yang dikeluarkan dengan kerjasama Bank Rakyat membabitkan para pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sepenuh masa.
Sehingga kini, katanya, kad yang memberi diskaun atas pembelian barangan dan perkhidmatan itu sudah mempunyai sebanyak 179 buah syarikat yang menjadi rakan dagang meliputi sektor seperti peruncitan, kelengkapan sukan, penginapan dan syarikat penerbangan.
"Kerajaan menjangkakan lebih banyak syarikat korporat akan menjadi rakan dagang menjelang hujung tahun ini dan pelajar bebas menggunakan kad tersebut sehingga tamat tempoh pengajian.
"Ini merupakan cadangan yang diutarakan oleh majlis perwakilan pelajar dan ia jelas menunjukkan kerajaan komited untuk membantu golongan ini dengan mendengar suara mereka," katanya.

July 4, 2012

09:42

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Diskaun Hingga 60%!


KUALA LUMPUR - Mahasiswa yang akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bakal menikmati diskaun produk sehingga 60% dan perkhidmatan mulai September ini.
Bagaimanapun, bagi mahasiswa tahun akhir, mereka akan menerima kad berkenaan secepat mungkin supaya mereka tidak terlepas daripada menikmati kemudahan berkenaan.
Kemudahan KDS1M adalah hasil persetujuan 51 syarikat termasuk 37 pelbagai syarikat terkemuka dan 14 koperasi yang menyatakan persetujuan untuk memberikan diskaun kepada pelajar.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim berkata, pihaknya akan mengedarkan kad berkenaan melalui institusi pengajian tinggi masing-masing ketika pendaftaran mahasiswa baharu dan kemasukan semester baharu pada September ini.

March 17, 2012

10:50

Kad Diskaun Mahasiswa, MR1M Akan Diperkenal KPDNKK


 
BANGI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT), dalam persidangan Gerakan Pengguna Siswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Menterinya terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 300 penuntut 70 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, kad itu bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.


Kementerian kini katanya berbincang dengan pedagang besar yang terbabit dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.

Kad diskaun tersebut dijangka akan diperkenalkan sebelum bulan Jun tahun ini.

Dalam pada itu rogram Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga dirancang bakal diperluaskan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga mensasarkan lebih 250 produk jenama 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di premis dan koperasi di 20 universiti awam, 27 politeknik dan 78 kolej komuniti serta 500 IPT swasta dalam tempoh sama.

Ismail Sabri berkata, UKM menjadi antara IPT awam yang menawarkan MR1M dengan 16 premis kafeteria menawarkan menu makanan rakyat itu.

Mengulas mengenai persidangan Gerakan Pengguna Siswa, Ismail Sabri berkata, persidangan tiga hari bermula kelmarin itu, menyaksikan perwakilan GPS dari 70 IPT berhimpun dan mengutarakan pandangan dan idea mereka dalam memperkasakan suara pengguna di kalangan mahasiswa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us