KOTA KINABALU - Bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kong dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan RCI semalam berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim pula dilantik sebagai setiausaha suruhanjaya ini.
Menurutnya, RCI akan dianggotai empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon; bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu.
@Rasanya tak perlu nak siasat sebab jawapannya ada [DI SINI]
No comments:
Post a Comment