Breaking

August 27, 2012

Nora Danish-Jejai Berbaik, Raya Bersama Di Rumah Mertua

Nora Danish-Jejai Berbaik, Raya Bersama Di Rumah Mertua. Walaupun bercerai, Nora Danish dan Jejai masih mengekalkan hubungan baik. Kasihan anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang ibu bapa. Bagi pasangan yang telah bercerai, patut contohi Nora Danish dan Jejai ni. Jangan terlalu ego dan pentingkan diri sendiri. Kasihan kat anak-anak ye..


Pelakon Nora Danish menjelaskan hubungannya dengan bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli masih baik demi anak lelaki tunggal mereka.
Nora berkata, sebagai seorang bapa, Rizal atau Jejai telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap Putra Rayqal Ramli.
"Tiada apa-apa masalah antara kami kerana apa yang penting Rayqal mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua ibu-bapanya," ujarnya 
Malah Nora berkata, Jejai sangat bertoleransi dengannya jika ada apa-apa perkara mengenai anak mereka itu.
Dalam pada itu, Nora memberitahu dia menyambut Hari Raya pertama di rumah bekas keluarga mertuanya seperti kebiasaan kerana telah menjadi amalan mereka untuk berkumpul.
Katanya, walaupun bukan lagi menjadi ahli keluarga Jejai, tetapi kehadirannya itu adalah untuk mengeratkan lagi hubungan anaknya dengan datuk dan neneknya.
"Bekas ibu dan bapa mertua tidak pernah berkira untuk menjaga Rayqal ketika ketiadaan saya dan sebab itu saya juga tidak kisah jika mereka mahu Rayqal berhari raya di rumah mereka.
"Malah Rayqal sangat rapat dan manja dengan datuknya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib,” ujarnya.
Bakal muncul dengan filem Mencari Cinta bersama Rusdi Ramli, Nora memberitahu dia akan kembali sibuk dengan tawaran berlakon selepas Hari Raya nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us