Breaking

August 26, 2012

PANAS!!! GAMBAR Mesra Blogger Hanis Zalikha Dan Syamsul Yusof


Jika si jejaka terkenal dengan pengarahannya menerusi filem-filem aksi, si dara pula merupakan seorang blogger yang terkenal. Namun, menerusi Gangster Celop, mereka sama-sama digandingkan sebagai pelakon utama.

Bagi Syamsul Yusof, biarpun selama ini duduk di kerusi pengarah, namun dia tidak gusar untuk 'diarahkan' oleh pengarah lain. Malah, mengakui teruja untuk bergandingan dengan Kamal Adli dan Hanis buat pertama kali.
Teruja! Bila si pengarah bertemu si blogger 

"Jika saya menerima tawaran sebagai pelakon, saya tidak akan membuat kerja lebih dari yang sepatutnya. Contohnya, memberi idea syot bagaimana yang sesuai.
"Bagi saya sendiri, berlakon di bawah pengarah lain adalah salah satu proses pembelajaran buat saya dan saya teruja untuk menyaksikan hasil filem ini apabila selesai kelak.

"Pertama kali diberitahu akan digandingkan dengan Kamal, saya berasa pelik juga, kerana biasanya hero kedua atau pasangan kepada pelakon utama mestilah seorang yang komedi. Tapi selepas saya bergandingan dengan Kamal, dia boleh tahan lucunya dan kami tidak ada masalah untuk bergandingan bersama-sama. Begitu juga dengan Hanis.

"Walaupun sebelum ini orang lebih mengenali dia sebagai blogger, tapi tak mustahil suatu hari nanti dia akan menjadi salah seorang pelakon yang berjaya," ujarnya.

Syamsul mengakui, selepas berlakon menerusi drama Ameera, dia mula dihujani tawaran dari penerbit dan mengakui terasa impaknya selepas membintangi drama arahan Murali itu.

"Saya rasa senang hati dan gembira bila menerima maklum balas yang positif mengenai lakonan saya dalam drama itu. Bagaimanapun demi membahagikan masa antara lakonan dan pengarahan, saya terpaksa memilih tawaran yang benar-benar sesuai dengan saya. Malah papa juga tidak menghalang saya," jelas Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan ke-24 ini.

Begitu juga, Hanis Zalikha, 22, biarpun sebelum ini lebih dikenali sebagai blogger, dia perlu memberanikan diri untuk mencuba bidang lakonan setelah diyakinkan pengarah filem ini, Ahmad Idham.

"Pada mulanya memang saya tidak yakin untuk menerima tawaran abang Idham kerana watak saya adalah watak utama. Tapi setelah diyakinkan oleh abang Idham dan ibu saya, barulah saya berani untuk menerima.

"Lagi pula watak filem ini, banyak persamaan dengan diri saya dan saya juga dah memberi yang terbaik. Saya harap hasilnya juga akan diterima baik apabila ditayangkan kelak," jelas graduan Diploma Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.
 

Hanis berdebar

Dek kerana tidak pernah terdedah dengan dunia glamor sebelum ini, Hanis mengakui berdebar meniti jalan sebagai anak seni. Namun sudah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.

"Pesan mama, apa yang penting saya perlu jadi diri sendiri, tidak kira kita sudah popular pada tahap tertinggi sekali pun. Tidak perlu bermuka-muka dan cuba menjadi orang lain," katanya.

Hanis berkata, dia juga tidak mahu dikenali sebagai pelakon yang berlandaskan populariti dan rupa semata-mata, sebaliknya punya bakat untuk diketengahkan.

“Saya tidak tetapkan untuk berada berapa lama dalam industri hiburan ini kerana perancangan masa depan nanti, saya masih menyimpan cita-cita menjadi ahli perniagaan," katanya.


Antara blog dan lakonan

Ditanya mengenai keutamaannya, Hanis berkata, dia mahu dikenali sebagai seorang wanita serba boleh yang membuat apa sahaja dalam hidupnya.

"Saya mahu orang mengenali saya sebagai Hanis Zalikha, yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuklah menulis di blog, berlakon, mengacara dan pelbagai lagi perkara lain yang akan diterokai nanti,” kata pemilik blog www.inibelogsaya.blogspot.com ini.

Tidak terhad dalam bidang lakonan dan penulisan semata-mata, Hanis juga bakal muncul di televisyen, mengendalikan sebuah program terbaru, Mad Market yang akan ditayangkan pada September depan.

"Secara keseluruhannya ia memberi pengalaman baru buat saya. Saya harap akan mencuba lebih lagi selepas ini," jelasnya.

 
Syamsul lalui hari bahagia

Sementara itu, mendekati jejaka berusia 28 tahun ini pula, dia kelihatan lebih terbuka untuk berkongsi cerita peribadinya selepas pernah kecundang dengan seorang pelakon popular beberapa tahun lalu.

Tidak gusar biarpun adiknya, Syafiq akan menamatkan zaman bujang tahun depan, Syamsul meletakan sasaran untuk berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun.

"Saya akui sedang berbahagia dan mengenali hati budi seseorang. Si dia masih menuntut dalam jurusan perubatan. Namun jika hendak berbicara soal perkahwinan, bagi saya ia masih terlalu awal.

"Saya juga tidak kisah jika Syafiq mahu berkahwin dahulu. Jika tiba masanya saya akan kenalkan si dia yang selama ini benar-benar menyokong dan memahami karier saya.

"Kami jarang berjumpa dan lebih kerap berhubung di telefon. Ikut perkiraan, sudah setahun kami menjalinkan hubungan," katanya yang sibuk dengan proses menyiapkan filem KL Gangster 2.


Mahu jadi Andy Lau

Menyentuh mengenai karier seninya, Syamsul berkata, dia mengimpikan untuk menjadi seperti pelakon berbakat besar, Andy Lau. Tidak mahu menumpukan pada lakonan aksi semata-mata, ada kalanya dia juga teringin untuk mencuba watak lain supaya lakonannya lebih variasi.

"Mungkin orang lebih kenal saya sebagai seorang serius. Bila sesekali terlibat dalam filem komedi, saya rasa okey juga. Saya mahu penonton lihat saya sebagai seorang yang versatil, dan bukannya fokus terhadap satu perkara sahaja," ujarnya.
Kredit gambar: blog hanis zalikha [inibelogsaya.blogspot.com]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us