Mizz Nina Ikut Noh (Hujan) Balik Raya Di Sarawak
KUALA LUMPUR: Pasangan penyanyi Noh Salleh (Hujan) dan isterinya Mizz Nina menganggap perayaan Aidilfitri ini sebagai tempoh terbaik untuk berkunjung dan beramah mesra dengan keluarga yang jarang berjumpa.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 28, berkata kepulangannya ke rumah keluarganya di Miri, Sarawak bersama Nina untuk menyambut Hari Raya bukan sahaja untuk berehat tetapi mendekati sanak saudara.
“Tahun ini giliran Nina ikut saya balik ke rumah keluarga di Miri, Sarawak. Kami akan pulang pada hari ini (Jumaat) dan berada di sana selama empat hari, sebelum berkunjung ke rumah keluarga di Kuching pula untuk empat hari lagi.
“Bagi kami, ini (cuti) adalah waktu bukan sahaja untuk berehat daripada kerja, malah mengunjungi keluarga demi menjaga hubungan dan menambahkan lagi keakraban,” katanya.
Mizz Nina pula berkata, mereka suami-isteri turut berhasrat untuk berbulan madu di Bali, Indonesia selama tiga atau empat hari selepas berhari raya di Sarawak.
“Sepanjang tahun ini kami sibuk dengan aktiviti seni masing-masing sampaikan tidak banyak waktu dapat diluangkan bersama.
“Kebetulan pada Hari Raya ini kami ambil cuti hampir dua minggu, jadi saya dan Noh mahu bercuti di Bali, Indonesia selepas pulang dari Sarawak,” katanya yang bersedia untuk memiliki zuriat pada tahun depan.
Mengenai aktiviti seni, Noh dan kumpulannya Hujan sedang mempromosikan lagu singleterbaru berjudul Mana Mungkin daripada album Sang Enemy.
Mizz Nina pula tampil dengan lagu single iaitu Summer Burning daripada album Take Oversebelum terbang ke Melbourne, Australia pada Oktober depan untuk siri jelajah promosi albumnya.
No comments:
Post a Comment