Breaking

August 24, 2012

Alif Aziz Beraya Bersama Anne Ngasri Dan Anak-anak


Alif Aziz Beraya Bersama Anne Ngasri Dan Anak-anak. Meskipun belum bergelar bapa sebenar, tetapi penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz,21, akui dia bahagia kerana berpeluang merasai serta memikul tanggungjawab tersebut terhadap anak-anak kepada kekasihnya, Anne Ngasri, 28.
Alif Aziz Bahagia Saat Dikejutkan Anak Anne Ngasri
Malah Aliff Aziz dapat merasakan wujudnya chemistry atau keserasian bersama3 orang anak Anne Ngasri iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, yang sudah sejak mereka mula rapat.
Paling manis, Aliff Aziz memberitahu saat yang tidak dapat dilupakan apabila anak-anak Anne Ngasri mengejutnya bangun tidur dengan panggilan 'Daddy' ketika dia mengunjungi rumah keluarga kekasihnya itu pada hujung minggu.
"Terus-terang dulu saya tidak suka dan tidak rapat dengan budak-budak tetapi sejak mengenali anak-anak Anne, saya tak tahu hendak gambarkan rasa yang sangat bahagia itu.
"Kami punya hubungan yang sangat rapat sehingga mereka menggelarkan saya Daddy dan saya sangat teruja dan terharu apabila mereka potrayed saya sebagai seorang ayah.
"Pada hujung minggu saya akan meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga Anne di rumah Anne. Malah saya juga bermalam di rumah keluarganya dan bila pagi saya berpeluang merasai perasaan yang sangat bahagia apabila dikejutkan oleh anak-anak Anne dengan panggilan Daddy.

"Sukar nak gambarkan perasaan saya waktu itu, malah saya sendiri berasa kasihan apabila melihat mereka yang dibesarkan dalam keadaan keluarga yang rumit," katanya 
Setelah mulai rapat dengan anak-anak kekasihnya , Aliff Aziz akui dia kini sudah mula menjalani beberapa tanggungjawab sebagai seorang bapa.
"Bila mereka sudah mula memanggil saya Daddy, tiba-tiba saya dapat rasakan sesuatu tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak Anne.
"Bagi saya rasa tangunggjawab itu adalah ketentuan daripada Tuhan kepada kita, Cuma ia datang lambat atau cepat sahaja. Macam saya, tangunggjawab itu datang cepat dan ia telah mematangkan diri saya.
"Malah sempena Syawal ini, saya dan Anne bersama-sama menguruskan perbelanjaan dengan membeli pakaian raya untuk mereka," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Aildilfitri ini, Alif memberitahu dia akan bercuti selama seminggu sehingga 25 Ogos ini dan akan beraya bersama Anne di rumahnya Singapura.
"Saya akan pulang beraya di rumah keluarga saya di Singapura pada hari raya pertama dan raya kedua saya akan menerima kunjungan daripada Anne bersama anak-anaknya untuk beraya di rumah keluarga saya.
"Kemudian pada hari raya ketiga, saya dan Anne akan mengunjungi rumah keluarg adan saudara mara Anne di Johor Bahru. Biarpun gembentar untuk beraya ke rumah keluargnya, namun saya tetap teruja untuk mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk kunjung- mengunjung," tambahnya lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us