Breaking

August 24, 2012

Pertunangan Shahz Jaszle Dan Redzwani Puteri Selepas Raya


Shahz Jaszle Dan Redzwani Puteri Bertunang Selepas Raya. Sebelum ini Shah Jazle menghantar rombongan merisik Redzwani Puteri. “Saya sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan dengan Puteri memandangkan kedua dua belah keluarga telah merestui hubungan kami,” ujar Shahz Jaszle.
Selesai Risik, Shahz Jaszle Mengaku Bakal Bertunang Selepas Raya
Menurut pelakon drama 3 Janji ini, beliau ingin melangsungkan majlis pertunangan dengan Redzwani Puteri secepat mungkin selepas sambutan Aidilfitri ini.
Shahz Jaszle turut mengakui pada awalnya mereka merancang untuk berkahwin tahun ini juga tetapi keluarga pihak perempuan mahu mereka mengikut adat & peringkat.
Ramai peminat sebenarnya menyarankan Shahz Jaszle untuk terus sahaja berkahwin kerana bakal isteri ini nampak sebagai satu pilihan yang bijak.
“Sudah sampai seru untuk saya berkahwin. Yang sebenarnya saya tidak pernah merancang pun, malah hubungan yang terjalin antara kami sebenarnya telah lama kerana dia kawan baik saya. Setahun mengenalinya dan kami tidak pernah bercinta,” tambah Shahz Jaszle kepada Kosmo! baru baru ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us