Breaking

Showing posts with label pendatang asing sabah. Show all posts
Showing posts with label pendatang asing sabah. Show all posts

August 12, 2012

22:11

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Siasat Kebanjiran PATI Di Sabah



NAJIB (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan II, Kimanis, Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU - Bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kong dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan RCI semalam berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim pula dilantik sebagai setiausaha suruhanjaya ini.
Menurutnya, RCI akan dianggotai empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon; bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu.
@Rasanya tak perlu nak siasat sebab jawapannya ada [DI SINI]
21:42

Kebanjiran Pendatang Asing Di Sabah Akibat Salahguna Kuasa UMNO?

SABAH adalah negeri yang menjadi mangsa kebanjiran pendatang asing. Menurut statistik berlaku peningkatan mendadak penduduk di Sabah daripada 600 ribu menjadi 3 Juta pada tahun 2012 akibat kedatangan penduduk asing terutamanya warga Filipina.



dengar cerita warga Filipina ini dengan mudahnya mendapat hak kewarganegaraan dan kad pengenalan dengan hanya MENGUNDI ahli politik tertentu. Boleh dikatakan mereka menjadi pengundi hantu. Setelah parti yang diundi berjaya menang kerusi, warga Filipina ini akan menerima habuan mereka iaitu kad pengenalan atau status kewarganegaraan. Begitu mudah dan menarik bukan? 

Pihak kerajaan mula membuka mata apabila pihak pembangkang mula menyuarakan isu kebanjiran melampau pendatang asing tanpa izin di Sabah dalam beberapa tahun ini. Ada juga baiknya bila pihak pembangkang mula bersuara di Sabah, semua perkara yang dipandang enteng pihak kerajaan mula dipersoal untuk mempertahankan hak rakyat Sabah.

Bukan niat hendak berpolitik, tapi sudah tidak sanggup 'berkongsi' negeri dengan PATI. Selalu dipaparkan di TV apabila musim cuti atau perayaan Kuala Lumpur akan dibanjiri warga asing seperti  warga Bangladesh, Nepal, Indon. Tapi bagaimana pula dengan Sabah yang turut mengalami fenomena sama dibanjiri warga Filipina namun tidak diendahkan. 


Baru sahaja terbaca artikel ini Petikan daripada Berita Semasa yang diambil dari Wikileaks :


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai Parti bersatu Sabah (PBS), ketika itu pembangkang, pada 1994.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
“Menurut Husin, Rashid ‘mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah’ bagi membantu Umno menguasai politik di sana,” kabel itu dipetik.

POLITIK ITU KOTOR
Sumber: Here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us