Perkembangan peribadi pelakon ini sering menjadi perhatian media terutamanya selepas berpisah dengan dengan bekas suami sekitar Julai 2010 yang lalu.
Lebih dua tahun hidup menyendiri, pastinya peminat tertanya tanya siapakah gerangan jejaka bertuah yang telah mengisi kekosongan hati Maya Karin ketika ini.
Bercakap kepada Gala TV Plus baru baru ini, Maya Karin ada mengakui yang diri’nya kini sedang mengenali hati seseorang tetapi enggan berfikir serius tentang hubungan.
“Saya ada juga keluar dating — tengok movie atau ada yang mengajak makan malam menjemput dari rumah dan ada jugak beberapa jejaka yang saya ingin berkenalan”
Maya Karin turut mengakui sering meminta pendapat adik beliau tentang seseorang jejaka tersebut & walaupun ada, tidak bermakna hubungan mereka kini bercinta.
“Sekarang ini masa yang sangat selesa untuk saya hidup bersendirian & saya tidak rasa terburu buru untuk menjalinkan hubungan dengan mana mana lelaki,” tambah Maya Karin
No comments:
Post a Comment