Yatt Hamzah, Dituduh Terlebih Alim. Kasihan selebriti wanita yang baru sahaja berhijrah ada sahaja pihak yang kurang berpuas hati nak kondem mereka. Terbaru Yatt Hamzah yang sudah berhijrah dikatakan berlagak terlebih alim.
Menurut tulisan Raja Nurfatimah Mawar di B*POP semalam, Yatt Hamzah telah dicop ‘terlebih alim’. nak tahu apa sebabnya jum baca cerita lanjut....
Menurut Raja, Yatt Hamzah telah menimbulkan rasa kurang senang sebuah produksi yang menerbitkan program masakan. Kalau dah namanya program masakan, sudah tentu masakan disediakan ada yang sudah siap dimasak dan terhias. Apabila disuruh melakonkan semula cara memasak, Yatt tidak mahu dan menganggap itu adalah penipuan kepada penonton. Mungkin Yatt mahu memasak secara live dengan memotong, memasak dan menggoreng seperti yang dilakukan di rumah.
Melalu tulisannya juga, Raja menegur Yatt yang dikatakan suka menunjuk alim sangat menerusi tarbiah terhadap orang lain yang dilakukan di Facebook. Raja berkata yang Yatt harus mencontohi sikap Irma Hasmie, Diana Amir dan ramai lagi yang bertudung tetapi masih maintain steady sahaja.
Dah sifat manusia ada aje yang dengki. Terlebih baik salah terlebih jahat lagi lah salah. Sebab tu lah kita disuruh bersederhana dalam islam. tapi dalam bab 'alim' boleh ke bersederhana? ni kena tanya yang lebih alim (orang berilmu)
1 comment:
assalammualaikum? ana rasa, tak perlulah nak tegur secara 'umum'. semua orang patut tegur antara satu sama lain. sebab kita manusia, bukan malaikat. wassalam.
Post a Comment