Breaking

Showing posts with label k-pop malaysia. Show all posts
Showing posts with label k-pop malaysia. Show all posts

March 27, 2012

16:50

Super Junior Datang Malaysia Mei Ini?


Super Junior Datang Malaysia Mei Ini?
Menjelang Mei depan, Dataran Putrajaya pastinya menjadi medan berkumpulnya para belia seluruh negara sempena program Himpunan Jutaan Belia 2012.

Jika lihat pada penganjuran yang lepas, orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri depan mata persembahan secara langsung artis Super Junior M yang mampu menarik minat bukan saja belia berbangsa Cina tetapi ramai anak muda pelbagai kaum sanggup datang berkumpul pada malam itu.
Yelah, yang datang bukan saja belia dari sekitar lembah Klang tetapi ramai juga belia dari Sabah, Sarawak, Johor dan Perak yang hadir.

Memandangkan penganjuran Hari Belia tahun ini sudah hampir tiba, adakah kali ini pihak penganjur bakal membawa artis dari Korea Selatan lagi? Apa taknya artis K-Pop sudah menjadi fenomena kat Malaysia sekarang. Bukti yang terdekat, kedatangan Girl Generation pada minggu lalu telah mampu menarik minat hampir 50,000 orang untuk datang menyaksikan persembahan mereka.

Walaupun pihak penganjur Hari Belia masih belum mempunyai keputusan muktamad siapakah artis K-Pop yang bakal datang ke Malaysia Mei ini, Murai Batu diberitahu bahawa berkemungkinan besar Super Junior akan dipanggil sekali lagi. Oh benarkah begitu? Tiada artis lain ke?
Dengarnya, kali ini penganjur akan membawa turun semua anggota Super Junior yang asal dan bukannya seperti tahun lalu yang hanya membawa Super Junior M.
Keputusan ini bagaimanapun masih belum sah kerana ada lagi nama artis K-Pop yang dicadangkan termasuklah Teen Top

June 28, 2011

11:10

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

Sebut aje K-Pop pasti dah terbayang artis Korea yang lincah menari dengan muzik pop. buat mereka yang dah lame memendan rase nak jadi 'k-pop malaysia', tu bukan mimpi lagi sebab korang boleh menyerlahkan bakat di K-Pop Hitz Talent Show. 


kalo sebelum ni ade group yang feeling2 K-Pop seperti 24;7 dan Gula-gula kene hentam oleh certain blogger, me jamin pasni takde yang kutuk2 korang kalo join talent show ni.

Sebanyak empat sesi uji bakat akan dijalankan setiap hari Sabtu bermula 18 Jun lalu di Wangsa Walk, Berjaya Times Square (25 Jun), The Curve (2 Julai) dan SACC Mall, Shah Alam (9 Julai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us