Setiap kali menjelang 1 Syawal pasti korang akan melihat Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi mengacarakan program Malaysia Hari Ini di TV3. Berbeza dengan tahun ini, tiada lagi bayangan Ally Iskandar di pagi raya kerana beliau akan bercuti selama seminggu untuk bersama isteri tercinta di pagi raya. Wah bahagia sungguh Ally sekarang dah ada suri hidupnya
Menurut Ally, 36, "Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang," ujarnya
Dalam pada itu, Ally berkata, dia sangat terharu dapat menyambut bulan Ramadan pertama sebagai suami kerana Farah Lee yang sedang bercuti selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti In Ha, Korea Selatan.
"Jika dulu sebelum kahwin saya tidak pernah peduli di mana hendak berbuka tetapi selepas ada isteri ni, memang saya sentiasa ternanti-nanti untuk berbuka puasa dengannya," ujar Ally.
"Saya lebih utamakan isteri saya dan jika terlalu sibuk saya akan bawa kerja balik ke rumah. Sekurang-kurangnya saya dapat bersama dia.
"Dia juga masih belajar di luar negara dan apabila dia berada di tanah air saya cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia gembira," ujarnya.
Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Bahagia sunnguh pasangan ni ye...
No comments:
Post a Comment