Breaking

July 25, 2012

SABAH; Keindahan Pulau Mabul, Semporna

Ini adalah slot baru dalam ambooyats@blog dimana kami akan berkongsi lokasi pelancongan menarik dan keistimewaan yang hanya terdapat di Sabah. Korang yang tak pernah menjejakkan kaki ke Negeri Di bawah Bayu bolehlah merancang percutian anda selepas ini.


Sebut saja Pulau Mabul, pasti korang terbayang perkampungan air yang indah dihiasi pohon kelapa nan melambai. Terletak hanya kira-kira 15 minit dengan bot laju dari Pulau Sipadan yang terkenal, Mabul telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu the best muck-diving in the world (istilah yang digunakan untuk menggambarkan limited visibility dives at shallow sites with usually sandy bottoms).

Pelbagai hidupan menakjubkan daripada macrolife, menjadikannya lokasi impian jurugambar dalam air untuk menangkap beberapa spesis yang jarang ditemui ekologi dalam filem. Flamboyant cuttlefish, blue-ringed octopus, spike-fin gobies, frogfish and moray eels sangat menakjubkan anda dan boleh ditemui dibawah perairan Mabul.

Bukan sahaja keseronokan dibawah air, anda juga boleh berskuba dan bersantai di atas pasir lembut sambil mentanned kulit.

Tempat Penginapan
Di Pulau Mabul, anda boleh memilih untuk tinggal di mana-mana resort yang high class ini:

  • Borneo Divers & Sea Sports (Sabah) Sdn Bhd
  • Explore Asia Tours Sdn Bhd (Sipadan-Mabul Resort)
  • Seaventures Tours & Travel Sdn Bhd
  • Sipadan Water Village Resort Sdn Bhd
beachnew pool chalets
Bagaimana hendak ke sana
Dari Kota Kinabalu, mengambil masa penerbangan 55 minit ke Tawau dan menikmati satu jam pemanduan ke Semporna. Dari sini, mengambil masa 45 minit dengan bot laju untuk sampai di Pulau Mabul.


Maklumat tambahan
Hubungi Borneo Divers & Sea Sports (SABAH) Sdn Bhd (KPL 1510)

Alamat: Tingkat 9, Menara Jubili,
53 Jalan Gaya,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Telefon: +6088 222226
Faks: +6088 221550
E-mel: information@borneodivers.info
Laman web: www.borneodivers.info

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us