Breaking

July 22, 2012

Penjelasan Irma Hasmie Berkaitan Status Duda Suaminya


Irma Hasmie telah memberikan penjelasan mengenai suaminya Redza Syah yang berstatus duda itu. Menurut Irma, dia tidak kisah berkahwin dengan lelaki duda dan kini mereka sangat bahagia. Sebelum ni, telah tersebar gambar isteri pertama Redza untuk menjatuhkan rumah tangga Irma.
Penjelasan Irma Hasmie Suami Status Duda

“Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan. Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya,”

“Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.

“Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan,” katanya


dalam Mingguan Malaysia hari ini Irma Hasmie berkata dia bersedia menerima apa sahaja tanggapan buruk masyarakat tatkala gambar suaminya bersama wanita bernama Farah Diana itu menjadi perbualan. Apatah lagi di kala usia perkahwinan mereka baru mencecah 3 minggu.


menurut irma lagi " Ya, memang gambar suaminya (redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkanalan kali pertama di Mekah, saya memang tahu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us