Tiada perkataan yang dapat mengungkap perasaan ratu rock negara, Ella apabila hubungan cinta dengan Azhar Husaini Ghazali, 30, berakhir ke jenjang pelamin. Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46 menitiskan air mata gembira dan bersyukur selepas sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.
Jelas Ella, sebelum ini dia dan Azhar banyak kali merancang untuk bersatu tapi ada sahaja halangan. Namun berkat tidak putus asa dan terus berusaha akhir dia dan lelaki ini bersatu jua.
“Selama ini, banyak kali saya diajukan pertanyaan bila saya nak kahwin. Alhamdulillah, segala-galanya telah selesai dan saya sudah pun tunjukkan dengan siapa saya berkahwin. Inilah suami saya, Azhar.
“Saya bersyukur dan gembira akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Ini momen yang sangat indah dan bermakna buat kami. Saya amat mencintai Azhar, dia lelaki yang baik dan sangat memahami saya.
“Dia juga penyayang dan bertanggungjawab. Karisma yang dimiliki Azhar membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai suami. Saya harap kami akan bahagia, saya mahu menjadi isteri yang baik,” ujar Ella sambil memandang wajah suaminya.
Azhar yang merupakan juruterbang komersial di syarikat penerbangan Firefly mengakui terpikat dengan sikap Ella yang sederhana. Katanya, Ella adalah wanita yang istimewa dan mempunyai keperibadian mulia.
“Dalaman Ella membuatkan saya kagum, hatinya lembut dan dia sangat baik serta penyayang. Ella juga seorang yang mengambil berat dan prihatin. Kami serasi dan saling memahami, lantaran kami tekad mahu akhiri hubungan cinta kami dengan ikatan yang sah.
“Syukur kini Ella sah menjadi isteri saya. Jarak umur 16 tahun tidak menjadi penghalang kepada kami untuk hidup bahagia. Saya berusaha sedaya upaya menjadi suami yang sempurna buat Ella.
Saya juga mahu menjadi suami yang bertanggungjawab, baik dan tempat untuk Ella sandarkan harapan dan berkongsi suka duka bersama. Doakan kami bahagia selamanya,” ujar Azhar yang mengenali Ella ketika bertugas di Kota Kinabalu, Sabah.
Dari teman biasa, tanpa disedari keserasian membuatkan mereka menjadi semakin intim. Perlahan-lahan perasaan kasih dan cinta hadir dalam jiwa dua insan ini.
Ella Cinta Pandang Pertama
Yakin dan pasti Ella adalah wanita yang terbaik buatnya, Azhar memberanikan diri meluahkan isi hatinya kepada ibu Ella, Yang Asmah Long, 83 pada Februari lalu. Ujar Azhar, dia benar-benar ikhlas menjadikan Ella sebagai isteri lantaran dia mahu hasrat murni ini direstui oleh ibu Ella.
Yakin dan pasti Ella adalah wanita yang terbaik buatnya, Azhar memberanikan diri meluahkan isi hatinya kepada ibu Ella, Yang Asmah Long, 83 pada Februari lalu. Ujar Azhar, dia benar-benar ikhlas menjadikan Ella sebagai isteri lantaran dia mahu hasrat murni ini direstui oleh ibu Ella.
“Saya sudah mengenali Ella sembilan tahun lalu, bermula sebagai teman sehinggalah kami menjalin hubungan istimewa. Walaupun kami berjauhan tapi hubungan kami tetap berlangsung, ketika itu kami sedar kami mempunyai perasaan yang sama.
“Sebelum ini, kami pernah cuba untuk bersatu tapi ketika itu kami masih belum matang dan kurang ilmu. Kini kami benar-benar pasti dengan apa yang kami mahukan. Kami dapat rasakan kami memang ditakdirkan untuk hidup bersama.
“Selepas berfikir semasak-masaknya, saya melamar Ella di hadapan ibunya. Saya ikhlas menerima Ella seadanya, saya mahu menjadikan dia suri dalam hidup saya. Saya gembira perkahwinan kami direstui keluarga kedua belah pihak,” kata Azhar yang mengakui Ella adalah cinta pandang pertamanya selain antara peminat tegar Ella dan amat meminati lagu Rindu dan Hanya Pada Kamu dendangan buah hatinya itu.
Bersedia Timang Cahaya Mata
Ditanya mengenai karier seni, Ella yang anggun dalam persalinan rona putih rekaan Syaiful Bahrim berkata tiada yang berubah kerana Azhar memahami minatnya terhadap bidang nyanyian. Ella atau mesra dengan sapaan Ell memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana suaminya memberi lampu hijau untuknya terus bergiat aktif dalam bidang seni.
Ditanya mengenai karier seni, Ella yang anggun dalam persalinan rona putih rekaan Syaiful Bahrim berkata tiada yang berubah kerana Azhar memahami minatnya terhadap bidang nyanyian. Ella atau mesra dengan sapaan Ell memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana suaminya memberi lampu hijau untuknya terus bergiat aktif dalam bidang seni.
Tersenyum manis mendengar jawapan isterinya, jelas Azhar, sejak mengenali Ella dia tidak pernah berhenti memberi sokongan kepadanya malah dia bangga dengan pencapaian Ella sebagai anak seni.
“Saya pun minat bidang nyanyian, saya selalu juga menyanyi lagu untuk Ella antaranya lagu daripada Pink Floyd, Led Zeppelin dan Harvey Malaiholo. Saya pernah juga cipta lagu dan beri Ella dengar. Kami berkongsi minat yang sama. Saya percaya dengan Ella, saya memberi kebebasan untuknya terus berkarya asalkan Ella tahu batas dan menjaga statusnya sebagai isteri,” ujar Azhar yang menghantar rombongan merisik pada 17 Jun lalu.
Seperti pasangan pengantin baru yang lain, Azhar dan Ella tidak terlepas dengan soalan mengenai cahaya mata. Jelas Azhar, dia dan Ella tidak pernah merancang sebaliknya menyerahkan soal ini kepada Allah.
“Kami tidak merancang, jika diberikan cahaya mata dalam waktu terdekat kami terima dengan penuh kesyukuran. Kami bersedia menimang anak pada bila-bila masa sahaja. Harapan kami kehadiran anak ini kelak akan mengeratkan lagi kasih sayang antara kami,” katanya.
Teruja Raikan Aidilfitri Bersama
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar jam 10.30 malam pada 7 Julai 2012. Pada majlis yang berlangsung secara tertutup di kediaman keluarganya di Klang, Ella menerima mas kahwin RM50,300 manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar jam 10.30 malam pada 7 Julai 2012. Pada majlis yang berlangsung secara tertutup di kediaman keluarganya di Klang, Ella menerima mas kahwin RM50,300 manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Ketika upacara membatalkan air sembahyang, Ella dan Azhar saling menyarungkan cincin perkahwinan jenama BVLGARI. Pernikahan mereka itu disaksikan keluarga, saudara-mara, sahabat handai, peminat serta pihak media yang telah membanjiri kediaman tersebut sejak dari jam 8 malam lagi.
Dalam majlis itu, rombongan lelaki memberi tujuh dulang hantaran berupa manisan, set pewangi, set penjagaan diri dan cincin. Pihak pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang hantaran berisi kamera, cincin, set pewangi, manisan dan set penjagaan diri.
Majlis resepsi pasangan pengantin ini bakal berlangsung pada bulan Disember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ella dalam pada itu menjelaskan majlis resepsi terpaksa diadakan lewat kerana jadual kerjanya dan Azhar begitu padat.
“Selepas melihat kembali jadual kerja kami berdua, inilah masa yang paling sesuai untuk majlis resepsi. Kami gembira majlis pernikahan pada malam ini berjalan lancar dan bersyukur doa untuk bersatu sebagai suami isteri dimakbulkan Allah,” kata Ella yang merahsiakan lokasi bulan madu.
Sambung Azhar tentang pernikahannya bersama Ella, perkara baik tidak perlu ditangguhkan. Selepas mendapat restu keluarga kedua belah pihak, mereka sepakat bernikah dahulu sebelum mengadakan majlis resepsi.
“Apa yang penting kami bersatu sebagai suami isteri dahulu. Ini masa yang sesuai dan kami teruskan niat kami untuk berkahwin. Kebetulan kami bernikah sebelum Syawal jadi sambutan raya tahun ini lebih meriah. Saya teruja dan gembira menyambut Syawal pertama kali dengan isteri,” katanya.
kredit penuh: mingguan wanita
No comments:
Post a Comment