Breaking

July 19, 2012

ABBY ABADI DIKECAM! Ramai yang tidak berpuas hati

Hijrah Abby Abadi Kerana Islam Atau Pas?

Seperti yang korang sedia maklum, pelakon Abby Abadi kini sudah pun melakukan penghijrahan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati. Namun ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan penghijrahannya. Ada saja komen negatif terhadap Abby tak kira lah dalam facebook mahupun blog. Bagi me sendiri, penghijrahan beliau ke arah kebaikan patut diterima secara positif, bukan di salah ertikan.

Terbaru, laman blog Rotikaya.com mempersoal isu hijran Abby Abadi dan tweet berkenaan aurat wanita

Portal Murai juga mempersoal hijrah abadi kerana ISLAM atau PAS? perlukah sampai begitu sekali kenyataan yang dikeluarkan, sepatutnya kita perlu sokong saudara segama yang sudah berhijrah ke arah kebaikan. Bukan bersangka buruk atau memandang serong niatnya.


Artikel Murai.com: Rasa semua pun dah sedia maklum bahawa pelakon Abby Abadi kini sudah pun melakukan penghijrahan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati. Sepertimana anda semua, Murai Batu pun tumpang gembira dan rasa senang hati bila melihat perubahan yang berlaku terhadap Abby Abadi. Mudahan-mudahan kita semua akan dapat taufik dan hidayah yang samalah hendaknya.

Malangnya, tidak semua orang dapat terima perubahan Abby Abadi itu. Malah ada pihak yang terang-terang mengecam Abby Abadi. Semuanya disebabkan keberanian Abby Abadi melahirkan pandangan terhadap beberapa isu semasa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita. Pandangan kritis yang dilontarkan itu pula mempunyai sentimen yang berbaur politik dan lebih berpihak kepada parti politik haluan kiri.

Ada juga yang mempersoalkan tindakan Abby Abadi itu? Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas? Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?

Namun, seperti mana kata Abby Abadi, dia sudah tidak takut untuk bersuara lagi, apatah lagi bila memperkatakan tentang sesuatu kebenaran mengikut konteks kefahamannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us