KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2012: Setelah beberapa hari menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keduanya, akhirnya aktres jelita Catriona atau nama penuhnya Catriona Bahrin Ross telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang bernama Jammal Raess Ross-Iddin dengan berat 3.6 kilogram, tepat jam 6.16 petang di Naluri Medical Centre pada Isnin lalu (16 Julai 2012).
Catriona berkata:
"Saya berasa sangat gembira. Walaupun ini adalah kelahiran kedua bagi saya, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu ada kelainannya dan saya juga dapat meraih pengalaman baru yang berbeza.
"Macam tak percaya saya sudah mempunyai dua cahaya mata. Jammal Raess sangat senyap dan diam. Sangat manja dan jarang menangis, memberikan saya lebih masa untuk berehat . Setiap kali selepas diberi susu, dia akan diam dan mahu saya ada di sampingnya.
"Dan yang paling unik pasal Jammal Raess ini, walaupun baru berusia tiga hari, dia sudah boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan matanya,"ujar Catriona yang gembira menceritakan tentang putera sulungnya itu dan sudi berkongsi foto Jammal Raess
Bagi Catriona yang juga ibu kepada Sephia Rania yakni anak sulungnya itu, dia tidak menghadapi sebarang kesukaran melahirkan cahaya mata keduanya dan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil.
"Saya ok, Alhamdulillah. Buat masa ini saya akan berehat di Kuala Lumpur dalam jangka masa 10 hari sebelum balik menghabiskan tempoh pantang di Kota Bharu bersama keluarga dan akan dijaga oleh ibu saya. Buat masa ini saya dijaga oleh suami dan ibu mertua,"tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment