Breaking

July 21, 2012

Asraruddin Mengaku Berkawan Dengan Rozita Che Wan

Asraruddin Mengaku Berkawan Dengan Rozita Che Wan


KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2012: Sejak mula dikaitkan dengan pelakon seksi Rozita Che Wan,38, ramai  yang ingin tahu lebih lanjut tentang hubungan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar, 24, dengan dramatis yang juga kakak kepada Ayu Raudah itu.

Walaupun kelihatan seperti hubungan tersebut berjaya disembunyikan, namun ia masih dapat dihidu oleh segelintir pihak media hingga akhirnya tercetusnya kisah hangat mengenai kedua-dua personaliti yang sukses daripada dua lapangan yang berbeza itu.

Pun begitu, bagi Asraruddin atau lebih dikenali sebagai Asra, dia menganggap bahawa perkara itu sebenarnya merupakan sebuah cerita yang lama. Namun, dia tidak menolak dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan bersama Rozita Che Wan.

"Ini semua cerita lama, lebih kurang 3 tahun lepas.Tapi, memang saya ada berkawan dan mengenali Rozita Che Wan dan sehingga sekarang pun masih kekal sebagai kawan.
"Sejujurnya hubungan saya dan dia sekadar kawan biasa tetapi ada juga keluar bersama dengannya dahulu. Namun sekarang kerana kedua-dua kami agak sibuk, jadi tidaklah kami berkesempatan untuk berjumpa selalu.

"Lebih kurang 2 tahun lebih kami tidak berjumpa tetapi sekali-sekala ada juga bertanya khabar agar hubungan persahabatan tidak terputus,"ujar Asra menjelaskan situasi yang sebenar.
Ditanyakan lebih lanjut tentang Rozita Che Wan, Asra menjawab aktres seksi tersebut merupakan seorang individu yang baik.

"Sepanjang kami berkawan, bagi saya Rozita merupakan seorang kawan yang baik. Dia seorang bagus untuk dijadikan teman dan seorang yang mesra,"tambahnya lagi.
Menurut Asra, sepanjang ramadan dia dan rakan sepasukan akan tetap sibuk berlatih bagi menghadapi beberapan perlawanan besar seperti menentang Manchester City dan Arsenal tidak lama lagi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us