Kisah kemalangan Zed Zaidi awal hari semalam yang rupa rupa’nya sekadar babak lakonan sebuah drama dikatakan mula disebarkan oleh Mamat Sepah.
Mamat Sepah melalui akaun Twitter beliau mengirimkan gambar ‘kemalangan’ Zed Zaidi awal pagi semalam yang telah mencetuskan keadaan panik di’kalangan media & peminat.
Walaupun gambar tersebut telah di’sahkan tidak benar, Mamat Sepah tidak mengambil langkah untuk meminta maaf atas ketelanjuran beliau menyebarkan gambar itu.
Beberapa orang peminat & individu dari pihak media menegur perbuatan Mamat Sepah itu namun pelawak ini mengambil jalan untuk melatah dan berlagak samseng.
Ini termasuklah menghamburkan kata carutan terhadap seorang wartawan, Hazrey selain mengajak yang lain untuk bertemu & menyelesaikan perkara ini cara samseng.
No comments:
Post a Comment