meNmyself
23:58
Chenta Ku Berbunga Di Friendster
Tajuk kali ni jiwang siot! jangan pula ade yang muntah hijau lepas baca entry ni ye hahak..sape yang dah rase mual2 tu sile klik butang (X) cepat. masa blogwalkin tadi terbaca entry dari Roxyzai tajuk cinta Friendster katanya. dulu masa zaman muda mudi FS kira yang paling femes lah, macam FB skang. me bukak akaun FS masa form 3. ramai juga lah kenalan dekat FS ni.
dipendekkan cerita, ade sorang mamat ni yang selalu tinggalkan komen kat wall. stat dari situ mulelah berbalas-balas komen dan kitorang pun kenal lebih rapat, dari FS melarat pulak ke YM. sampailah suatu hari tu die meluahkan rase hatinya, tapi....tapi...tapi me terpaksa tolak dengan cara baek. bukan nak jual mahal ke apa, jangan pula salah faham. cuma kadang-kadang kite menganggap sorang tu tak lebih dari kawan. ye, tak lebih dari itu..
kenapa me cakap macam tu?
kite ada banyak sebab untuk menyukai sesorang samada kerna paras rupanya, tingkah lakunya, wangnya atau peribadinya tapi cuma ada satu sebab untuk menyintai seseorang iaitu perasaan CINTA
dan...sejak hari tu die jarang dah nak tegor, tak macam dulu lagi. tibe2 rase kehilangan sorang 'kawan' :(
@: "nak kawan leh?"