Breaking

Showing posts with label Kemalangan ngeri. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan ngeri. Show all posts

July 29, 2012

17:45

NGERI: Proton Wira Dan 4 Penumpang Lumat Di Gilis Treller



HANCUR…Kereta Proton Wira yang dinaiki empat sahabat hancur berkecai selepas terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass dekat Kuantan, Pahang, malam Sabtu. 



Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton Wira berkenaan. 



Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman,20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19.
-fotoBERNAMA

April 14, 2012

10:27

SADIS! Ajal selepas jumpa tunang, polis maut digilis lori


BUKIT MERTAJAM – Hasrat murni seorang anggota polis untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya hujung Mei ini berkecai apabila dia maut selepas menjadi mangsa langgar lari oleh sebuah lori satu tan di Jalan Permatang Tinggi dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan anggota polis dari Balai Polis Machang Bubok, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Nan Ruazlan merupakan anak kelahiran Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.
Kemalangan itu berpunca apabila Nan Ruazlan yang sedang meronda bersama seorang rakan dengan menunggang dua buah motosikal terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.
Ketika hendak berhenti selepas memintas kereta itu, pemandunya yang merupakan seorang lelaki telah memecut laju hingga bergesel dengan motosikal mangsa.
Akibatnya, mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan Nan Ruazlan terpelanting di atas jalan sebelum dia digilis sebuah lori.

November 1, 2010

12:24

Lagi Berita Kemalangan Maut Di Km38 Genting Sempah

Bile berlaku kemalangan, semua pihak saling menuding jari menyalahkan yang lain. cube nak lepas tangan dan tak mahu bertanggungjawab. siapa yang jadi mangsa? mestilah mangsa yang telah terkorban dan keluarga mangsa sendiri. ini adelah kenyataan yang dikeluarkan oleh pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari.

mStar: Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Menyesali dan mengakui kesilapannya, S. Muthumani, 36, mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.

Lelaki itu juga mendakwa dia memang memiliki lesen memandu, tetapi telah digantung oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang mendapati dokumen itu tidak sah atau lesen terbang, dan ini menyebabkan dia tidak boleh memperbaharuinya. Suspek turut mendakwa syarikat bas berkenaan mengetahui bahawa dia tidak memiliki lesen memandu, namun tetap memintanya membawa bas berkenaan.

Ternyata pemandu cuba menyalahkan syarikat bas yang memaksanya memandu tanpa lesen. Belum lagi kite dengar dari mulut syarikat bas pula pasti akan menyalahkan pemandu itu sendiri. Sebenarnya kedua-dua pihak harus bertanggungjawab atas keselamatan penumpang bukan sekadar untuk mengaut keuntungan.

@: dah takut nak naik bas sekarang

October 30, 2010

04:21

Kemalangan Maut Melibatkan Bas Di Km38 Genting Sempah

Lagi berita kemalangan ngeri yang melibatkan bas berlaku dan mengorbankan 6 orang manakala 39 yang lain cedera. Kemalangan berlaku apabila sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini. Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.



Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail. Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.




Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.
Mereka dikenali sebagai:-
Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
@: al-fatihah buat mangsa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us