Breaking

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

February 26, 2020

09:31

Sakit Hati Anak Didenda, Ibu Biadab Tergamak ‘Denda’ Ustazah Merangkak Dalam Kelas. Bila Marah Memang Boleh Hilang Akal.

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri, mengorbankan masa dan tenaga demi melihat kejayaan pelajarnya. Tanpa seorang guru, siapalah kita hari ini. Setuju? Perkongsian kali ini buat kami tergaman apabila maruah seorang guru dipijak-pijak bagai tiada erti.
Rakaman video berdurasi 2 minit ini menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan seorang ibu yang dilihat menyuruh seorang ustazah merangkak gara-gara anaknya didenda.

Guru merangkak didenda

Cukup kurang ajar, sebagai parent awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu utk anakmu. Mana jabatan pendidikan malaysia, sila ambik tindakan buat insan bodoh ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambik masa seminggu handle sahaja untuk handle kelas handle kerenah anak-anak murid.
Di dalam video tersebut, ibu tersebut dipercayai  datang ke sekolah dan meminta ustazah itu merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan murid, sebagai hukuman kerana mendenda anaknya. Menurutnya, anaknya trauma tidak mahu hadir ke sekolah gara-gara didenda oleh ustazah tersebut. Malah, dakwanya lagi anak itu cedera tidak dapat mengambil air wuduk kerana kesakitan.
Video itu menimbulkan amarah orang ramai yang merasakan perbuatan itu sangat biadap. Seorang guru tidak patut diperlakukan sedekimian walau ianya berpunca dari guru tersebut.

Menimbulkan kemarahan ramai

Sumber : Asmahadi

March 24, 2018

14:45

PENJENAMAAN CHATIME KEPADA TEALIVE. CHATIME MENYATAKAN MASIH WUJUD DAN MENDAPAT STATUS HALAL

PENJENAMAAN CHATIME KEPADA TEALIVE. CHATIME MENYATAKAN MASIH WUJUD DAN MENDAPAT STATUS HALAL

Related image
Ini adalah isu yang dah lama bermain di mulut netizen dan rakyat Malaysia dan paling penting, mereka percaya yang Chatime telah menukar nama perniagaan mereka kepada Tealive. Ialah sekali imbas memang seakan-akan sama imej dan jenis perniagaan yang dijalankan. Sebenarnya Chatime masih ada dan Tealive bukan pengganti kepada Chatime malah kedua-dua jenama ini langsung tidak berkaitan.

Tapi kita mesti akan perasan bagaimanapun tetap Chatime memiliki banyak keistimewaan dan kualiti yang lebih baik. Ini kerana Chatime Malaysia yang original masih ada lagi dan Tealive bukanlah pengganti Chatime.

Chatime Malaysia Sdn. Bhd. mengeluarkan surat tuntutan terhadap Loob Holding Sdn. Bhd. kerana menyatakan jenama Chatime telah ditukar nama kepada Tealive sekali gus mengelirukan orang ramai. Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, laman web rasmi Loob Holding secara jelas menyiarkan dua tajuk iaitu ‘Chatime dinamakan semula sebagai Tealive’ dan ‘Tealive ganti Chatime’.

ALIZA ALI (kiri) dan Widayu Latiff nekad untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia.

Katanya, tindakan Loob Hol­ding itu telah mengelirukan orang ramai yang mana bercanggah dengan situasi sekarang bahawa Chatime masih berope­rasi di Malaysia di bawah pemegang lesen induk baharu, Will Group Sdn. Bhd.

Kami telah memberikan me­reka tempoh yang lama iaitu satu tahun untuk memperbetulkan isu ini, malangnya laman web rasmi Loob Holding masih menyiarkan dua tajuk utama ber­kenaan. Tajuk itu masih ada sehingga Februari 2018, yang menyebabkan ramai orang mempercayai bahawa jenama Chatime sudah tiada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co. Ltd. (La Kaffa) pada Mei 2017 telah melantik Will Group sebagai pemegang lesen induk Chatime Malaysia. Chatime Malaysia kini dimiliki sepenuhnya oleh Will Group.

Setahun selepas mengambil alih pasaran Chatime di Malaysia sebagai francaisi induk, Aliza berkata, pihaknya kini mengambil langkah yang perlu untuk melindungi jenama yang mungkin termasuk prosiding undang-undang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Wi­dayu Latiff berkata, kenyataan yang mengelirukan daripada Loob Holding telah memberi impak kepada jenama Chatime.

Kami berasa bertanggungjawab untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Kisah Antara Chatime Dan Tealive


Situasi tegang ini semuanya bermula apabila Loob Holding mengumumkan untuk menje­namakan semula 165 cawangan Chatime di Malaysia sebelum 6 Mac selepas La Kaffa menamatkan perjanjian francaisnya pada 5 Januari 2017.

La Kaffa mendakwa pemegang francaisnya bagi pasaran Malaysia, Loob Holding menggunakan bahan mentah tidak diluluskan dan gagal membayar hutang tertunggak pada Februari 2017. Menurut La Kaffa, Loob Hol­ding telah melanggar kontrak pemegang francais apabila menggunakan bekalan bahan mentah berbeza daripada resipi asal tanpa menerima kelulusan daripada La Kaffa.

La Kaffa me­ragui status halal bahan mentah yang digunakan oleh Loob Hol­ding termasuk serbuk teh dan serbuk koko selepas kedua-dua bahan tersebut tidak dibeli secara terus melalui La Kaffa sebagaimana termak­tub di dalam kontrak,” katanya.

Walau bagaima­napun, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo menafikan semua dakwaan La Kaffa itu.

Perjanjian Loob dan La Kaffa sepatutnya berakhir pa­da 2041. Namun, ia telah ditamatkan ke­­rana terdapat perbezaan pendapat an­tara firma Taiwan itu dengan hala tuju perniagaan Chatime di Malaysia ketika itu.

Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM

Selama ini Chatime adalah premis yang menjual minuman yang halal di mana bahan yang digunakan mereka mempunyai Halal Certified daripada Taiwan, mankala bahan seperti susu, gula, dan sebagainya ialah produk daripada Malaysia. Mungkin ada yang belum tahu, baru-baru ini sahaja mereka menerima sijil halal daripada pihak JAKIM yang membuktikan betapa seriusnya Chatime dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan di Malaysia.

Ini sekaligus membolehkan Chatime terus diberikan kepercayaan 100% oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk yang beragama Islam untuk terus menikmati pelbagai jenis minuman di Chatime tanpa sebarang kompromi. Tahniah Chatime!

P/S: CHATIME istimewa dengan saiz cup yang besar dan TEALIVE ternyata lebih ekonomi. Chills

September 26, 2012

10:34

Siaran Langsung Bajet 2013 Di TV3, Live Streaming


Siaran Langsung Bajet 2013 D TV3, Live Streaming. Pembentangan Bajet 2013 akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini. Ia akan disiarkan menerusi TV3 pada pukul 3 petang.
TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa berkata, Program yang diterbitkan khas oleh Jabatan Berita Dan Ehwal Semasa TV3 itu menampilkan gandingan penyampai berita Saiful Nizam Ismail dan Gan Ai Leng selaku pengantara program.
Bual bicara tersebut turut menjemput panel khas iaitu Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk D. Noor Azlan Ghazali.
Secara dasarnya, program bual bicara ini akan membincangkan harapan, jangkaan dan insentif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah mengambil kira pandangan orang ramai mengenai isu Bajet 2013.
Menampilkan Norliza Mohd Zain selaku penerbit, program selama tiga jam setengah itu turut membawakan lintas langsung dari Parlimen sebelum dan sewaktu pembentangan belanjawan sehingga selesai sesi Bajet 2013.
Bajet 2013 bakal menjadi satu topik yang hangat diperdebatkan oleh semua rakyat pelbagai peringkat umur dan bangsa itu dan antara topik yang akan dibicarakan ialah spekulasi yang menyatakan adanya kenaikan gaji kakitangan awam atau bonus buat mereka.
Selain itu, isu cadangan syarikat pemaju yang meminta kerajaan melonggarkan syarat pinjaman khususnya untuk pembelian rumah bagi merangsang pertumbuhan sektor hartanah Negara juga akan dibincangkan.
Para penonton juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan komen mengenai isu Bajet 2013 menerusi emel bajet2013@tv3.com.my.

September 21, 2012

08:47

Filem 'Innocence of Muslims' Ditukar 'The Innocence of Bin Laden'.


Filem 'Innocence of Muslims' Ditukar 'The Innocence of Bin Laden'. PORTAL hiburan The Hollywood Reporter (THR) telah melontarkan pertanyaan pada Khamis sama ada filem kontroversi Innocence of Muslims yang mendapat bantahan seluruh umat Islam benar-benar wujud?
Ini kerana tayangan perdana filem tersebut yang dikatakan telah berlangsung di Hollywood tidak dihadiri oleh sesiapa pun termasuklah krew filem berkenaan.
Oleh yang demikian, portal berita berkenaan merumuskan Innocence of Muslims mungkin kini telah menjadi filem yang tidak wujud paling popular di dunia.
Foto ini adalah sebahagian babak dalam trailer 'Innocence of Muslims'.
Lapor The Hollywood Reporter lagi, apa yang mungkin wujud hanyalah “trailer” sepanjang 14 minit yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube yang sekali gus mencetuskan ombak anti-Amerika di seluruh dunia.
Penulis skrip filem itu, Sam Bacile atau juga dikenali dengan nama Nakoula Basseley Nakoula sebelum ini dipetik sebagai berkata yang versi penuh filem itu telah ditayangkan di Vine Theatre Hollywood di bawah judul The Innocence of Bin Laden.
Bagaimanapun seorang kakitangan teater berkenaan memberitahu The Los Angeles Times, tiada siapa pun dilihat menyaksikan tayangan perdana itu atau terdapat kakitangan mahu pun krew filem itu menanti kehadiran penonton.

Para wartawan berkumpulan di rumah Sam Bacile kerana kontroversi filemnya Innocence of Muslims .

September 19, 2012

20:39

Gambar Nicol Ann David Dilantik Mejar Kehormat TUDM

Tahniah! Gambar Nicol Ann David Dilantik Mejar Kehormat TUDMPanglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menyampaikan watikah pentauliahan pangkat Mejar Kehormat kepada pemain skuasy No 1 dunia, 

Datuk Nicol Ann David (kanan) pada majlis pentauliahan pangkat tersebut di Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Rabu. Mejar (Kehormat) Datuk Nicol Ann David telah dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) yang berkuat kuasa 28 Jun 2012 setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong

March 15, 2012

08:16

Lelaki Dibelasah Cabul Kekasih Orang

 
Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.
Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.
Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.
Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.
Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.
Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.
Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar.
Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu.
Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans.
Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wa
08:09

Gambar Perogol Kejam Di Sibu Dikeluarkan Pihak Polis

Seorang gadis berusia 28 tahun dari Dalat telah dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas terbiar tepi jalan. Gadis itu ditemui dalam keadaan parah kerana telah dipukul dengan batu besar kemudian diangkat masuk ke dalam bas oleh sekumpulan lelaki. setelah diperiksa oleh pihak hospital mendapati alat sulitnya cedera teruk dan luka pada kepala serta lehernya. Insiden ini berlaku empat hari lepas
 

 
 

March 12, 2012

March 11, 2012

March 10, 2012

March 8, 2012

09:52

Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) di PWTC


Antara perabot yang dipamerkan di Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pameran perdagangan tahunan selama lima hari yang bermula Rabu, merupakan antara 10 pameran industri global utama yang merangkumi sejumlah 75,000 meter persegi ruang pameran di PWTC dan Pusat Pameran dan Konvesyen Matrade (MECC)
09:45

GAMBAR Kuala Lumpur banjir kilat, jalan sesak semalam

SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.


KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang semalam.
Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.
09:38

Roti manis berinti besi



KUALA LUMPUR: Seorang ibu tergamam apabila menyedari anak lelakinya hampir tertelan objek besi dipercayai serpihan pisau ketika asyik menikmati roti manis yang dibeli dari sebuah stesen minyak berhampiran Taman Len Seng, Cheras, di sini.

09:24

Berlian RM57juta milik bekas isteri Sultan Brunei dicuri

SULTAN Brunei bersama Mariam sebelum mereka bercerai pada Februari 2003.


LONDON: Bekas isteri Sultan Brunei mendakwa seorang pengawal peribadinya mencuri dan menjual sejumlah berlian bernilai lebih �12 juta (RM57) juta sebelum menggantikannya dengan replika murah. Mariam Aziz, 55, berkata bekas pengawal peribadinya, Fatimah Kumin Lim, mencuri seutas gelang berlian �3.5 juta dan dua cincin berlian �8.7 juta pada 2008 serta 2009 untuk digunakan bagi membayar hutang judinya.

March 7, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us