Breaking

Showing posts with label Rancangan TV Menarik. Show all posts
Showing posts with label Rancangan TV Menarik. Show all posts

November 17, 2010

13:35

Rancangan Menarik Sempena Aidil Adha Di TV3

Sempena hari raya Aidiladha, banyak program menarik yang akan disiarkan di TV3, jum tengok...






Berikut ialah program-program istimewa di TV3 sempena minggu sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini:
- Malaysia Hari Ini (MHI) (Rabu, 17 November, 6.30pagi)
- Sabar (Rabu, 17 November, 10.00 pagi)
- Wanita Hari Ini (WHI) (Rabu, 17 November, 12.00 tengahari)
- Gosok (Rabu, 17 November, 3.00 petang)
- Setulus Sinar Aidiladha (Rabu, 17 November, 5.30 petang)
- Sebening Keringat (Rabu, 17 November, 10.00 malam)
- Syahadah Cinta (Khamis, 18 November, 5.30 petang)
- Sandaran Kasih (Jumaat, 19 November, 10.00 pagi)
- Al-Hidayah UK (Jumaat, 19 November, 1.00 petang)
- Korban Kasih Marlisa (Jumaat, 19 November, 1.30petang)
- Karma Salina (Sabtu, 20 November, 10.00 malam)

November 9, 2010

16:52

Siti Nurhaliza dalam Temubual 'Siti'

Dah macam Oprah Winfrey show pula tapi yang ni versi malaysia dan dikendalikan oleh Datuk siti nurhaliza. temubual berjudul 'Siti' ni akan bermula Februari depan, Siti katanya gugup bile first time kendali program macam tu semasa rakaman bersama Lisa Surihani.

kata Siti program ni bukan berkonsepkan temubual semata-mata tapi juga untuk membantu mereka yang memerlukan. bukan tu je pelabagai segmen dalam program ni antaranya yang memerlukan Siti berlakon....hmmm pasti menarik kan



November 5, 2010

06:57

Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-25

Pastikan korang tak terlepas persembahan artis pilihan dalam separuh akhir muzik-muzik ke-25. sebanyak 30 lagu akan dipertandingkan dan hanya 12 saja yang dipilih untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional. Siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan ditayangkan di TV3.

kalau nak tahu giliran persembahan artis fevret korang, jum tengok list kat bawah ni..



8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :
  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an. Artis Jemputan: Ramlah Ram :
  1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :
  1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  5. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

@: tak sabar nak tengo AJL pule :)

November 4, 2010

15:57

Mari Menari- Dita & Shai Tersingkir Kerana Zul Huzaimy


Setelah 2 minggu program Mari Menari (MM) berlangsung, 2 pasangan yang berada di bawah bimbingan pelakon Zul Huzaimy telah pun diumumkan sebagai pasangan peserta yang terpaksa menamatkan perjuangan mereka secara berturut-turut dalam program realiti yang menawarkan sebuah kondo mewah sebagai hadiah utama tersebut.


Bersandarkan kepada keputusan ini, ada pula suara sinis yang mengatakan bahawa kononnya Zul Huzaimy sememangnya tidak layak menjadi penasihat MM.

Menjawab persoalan ini, Zul yang ditemui pada majlis kejutan hari jadi protegenya iaitu MM Jaya di Dance Connexion, Bandar Sunway malam tadi menjelaskan bahawa tugasnya dalanm program realiti itu tidak lebih sekadar bertindak sebagai penasihat kepada MM Jaya, MM Dita dan MM Shai, bukannya sebagai tukang ajar menari.

bukan ke penasihat tu tugasnya menasihat sekaligus mengajar orang dibawahnye. kalau sekadar tengok je taknak betulkan mana yang kurang ape faedahnya astro bayar awak mahal2, dapat gaji buta lah jawapnye. dah pegang tanggungjawap jadi penasihat tu, cubelah buat yang terbaik pastu takde lah orang nak pertikaikan

@: sejak masuk U ni me banyak belajar makna "tanggungjawap' dan 'amanah' terutame bile buat kerja by group.
01:51

Muzik Muzik Ke-25


Muzik muzik ke-25 dah hampir ke penghujungnya dan kemuncak bagi program ni yelah Anugerah Juara Lagu. me tak berapa nak follow rancangan muzik muzik ni sebab lebih seronok tengok peringkat akhir je mase AJL. peringkat separuh akhir Muzik Muzik Ke-25 ditayangkan setiap hari Isnin jam 10 malam di TV3. hanya 12 buah lagu daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan ini saja yang akan layak dipilih untuk bertanding ke peringkat Anugerah Juara Lagu.


Senarai 30 lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke peringkat separuh akhir:


Inilah Cinta – Akim / Akim / Akim
Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan
Sofea Jane – Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
Kau Harus Ada- Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana / Akmal Mirwana & Noh Hujan
Gerak Hati – Azlan & The Typwriter / Lake & Light / Lake & Light
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Kau Ada Kamu – Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kunci Demak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Jahat – Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Cinta – Mohd / Isawandy / Iswandy
Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense/ 6ixth Sense
Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Susun Silang Kata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
Cinta Kosmik – The Fabulous Cat / Alibi Hustler / Alibi Hustler
Realiti Dewi – Alyah / Omar K/ Zel Firdhaus
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai/ Shah Qalam
Berlari – Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok
Bersamamu – Joe Flizzow / Jihan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko & Syaheed

@:go stacy n black (tetibe minat kt black ahaks)

October 31, 2010

21:36

Slot Akasia Chinta Di TV3

Kali ni me nak cerita pasal drama pula, mesti ramai yang minat tengok drama Chinta ni. me pun minat juge  tapi tak la follow sangat. sebabnye nak tengok tv kat kolej ni sangatlah susah paling2 pun kat cafe. so, sambil order makanan kat cafe petang2 tu sempat jugalah layan cerita ni. Drama ni bermula pukul 6.30 hingga 7.30 PM setiap Isnin hingga Khamis.



Synopsis:

Chinta berkisar tentang pergolakkan hidup dan percintaan seorang gadis jelita yang terjebak di dalam kancah pelacuran. Dibintangi oleh Adi Putra, Faradhiya, Azhar Sulaiman dan Fasha Sandha sebagai watak utama, Chinta, akan mula bersiaran mulai 27hb September, dalam slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
walaupun ramai yang tak suka Fasha Sandha tapi me minat tengok cara die belakon. kire die boleh bawa watak tu dengan berkesan. tambah lagi gan eskpresi muke die mampu hidupkan watak tersebut
@: cuti ni balik umah nak layan tv puas2 huhu balas dendam... 
20:20

Shout! Award 2010

Anugerah FFM 2010 dah pun selesai dan akan datang satu lagi anugerah paling cool di Malaysia, Shout! Award 2010 yang memberi pengiktirafan dalam industri Muzik, TV & Filem dan Radio Malaysia. Lagi yang menarik pasal Shout! Award 2010, siri jejalah dan persembahan artis seperti 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Sonaone dan Alif Satar dan Daphne Iking akan diadakan di beberapa lokasi.


Screen shot 2010 10 29 at 12.58.06 PM (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir


Sape yang berkesempatan tu bolehlah tengok persembahan artis-artis ni, selain tu banyak hadiah menarik untuk dimenangi dan pas eksklusif ke Shout! Award 2010.
Shout! Awards 201 akan disiarkan secara LIVE dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara ekslusif di saluran hip 8TV! Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Power Vocal Award, Flava Award, Rockstar Award, Favourtie TV Host, Best Onscreen Chemistry Award. Memang cool lah.. 
Dan pemenang Shout! Awards 2010 akan dipilih menerusi undian sms dan online yang telah dibuka dari 18 Oktober 2010 hingga ke 19 November 2010.kalo korang nak mengundi finalis kegemaran boleh la layari www.shoutawards.com.my atau SMS undian anda ke SHOUT dan hantar ke 33399.
17:40

Pesta Cahaya Deepavali- Menarik di tv3

Perayaan Deepavali kembali lagi kepada penganut hindu Happy Deepavali diucapkan. sama seperti musim Hari Raya, tv3 pasti menyajikan rancangan menarik khas untuk penonton. kali ni apa pula yang menarik di tv3 sempena Hari Deepavali..


WHI



Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali
Jumaat, 6.30 pagi

Sinopsis: Bersama Ally Iskandar dan Abby Fana dalam program bual bicara MHI istimewa sempena Hari Deepavali. Berlintas langsung dari rumah Dato’ Seri Samy Vellu, Presiden Parti MIC. Nurul Syuhada akan menemu-bual Dato’ Seri Samy Vellu dan keluarga serta pemimpin Parti MIC yang lain mengenai persiapan menyambut perayaan pesta cahaya yang dinanti-nantikan ini disamping persembahan tarian tradisional komuniti kaum India.

Cahaya Deepavali
Jumaat, 9.00 pagi
Sinopsis: Sebuah drama yang diambil dari kisah benar. Menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Devi yang terpaksa melalui keperitan hidup untuk mencapai cita-citanya. Dengan sokongan dan dorongan dari ahli keluarga terutama ibunya, mampukah Devi merealisasikan impiannya?
Pelakon: Kenchana Devi, C.Kumaresan, Sheela Pravina, Kumaresh, Ganthi Ben, Louisa Chong, Nas Adila, Farmi.

Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali
Jumaat, 12.00 tengahari
Sinopsis: Sempena sambutan Hari Deepavali, WHI bakal bersiaran secara langsung dari Little India, Brickfields. Menariknya, Little India ini baru sahaja siap sepenuhnya beberapa hari lepas. WHI Istimewa Deepavali ini akan dihoskan oleh Nor Azzura, Farah dan Ezzan Zalilah bersama tetamu khas iaitu M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Topik yang bakal mereka bicarakan ialah “Warna-warni Deepavali”.

Muzikal Jodoh Deepavali
Jumaat, 6.00 petang
Sinopsis: Sebuah program muzikal komedi yang dihoskan oleh Kenchana Devi dan Shashi Dharan. Dua pengacara ini akan menemu-bual artis popular tanahair mengenai perayaan Deepavali diselangi dengan beberapa buah lagu menarik. Bukan sekadar menemu-bual, telatah bersahaja mereka di sebalik tabir pasti akan membuat penonton tidak kering gusi.

ninaithale-inikkum01

Panggung Sabtu: Ninaithale Inikkum
Sabtu, 12 tengahari
Sinopsis: Siva dalam perjalanan dari Mumbai untuk menyertai majlis “reunion” kolejnya. Seketika, dia teringat kembali akan zaman kolejnya selepas hampir 8 tahun menamatkan pelajaran. Vasu, cukup terkenal sebagai musuh Siva, beliau berjaya meyakinkan Meera untuk menentang Siva dalam pemilihan kesatuan pelajar. Rakan baik Siva iaitu Sakthi ditemui mati ketika kempen sedang hangat berlangsung. Dengan rasa serba salah dan sedih, Siva mambawa diri ke Mumbai untuk memulakan hidup baru…
Pelakon: Sakthi Vasu, Prithviraj, Karthik Kumar, Priyamani, Vishnu Priyan, Bhagyaraj.

Pesona 3: Pensil
Ahad, 3.00 petang
Sinopsis: Mengisahkan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua. Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia mengharungi pelbagai dugaan kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya.
Pelakon: M.Subash, Rominah Sidek, Khatijah Tan, Maimon Mutalib, Jalil Hamid.
Muzikal Jodoh Deepavali
sumber: Budiey.com
@: selamat menonton :)

October 30, 2010

21:52

Kelantan Juara Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010

UPDATE: untuk keputusan penuh dan video perlawanan, klik SINI

Pasti ramai penyokong Kelantan VS Negeri Sembilan yang tak sabar melihat aksi perlawanan pasukan bola sepak pilihan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam ni kan. kepada kaki-kaki bola tu jangan lupa malam ni di Stadium Nasional Bukit Jalil.

eh betul ke Kelantan juara Piala Malaysia 2010? ni just ramalan me aje. nak tiru macam si Paul The Octopus. kesian kat sotong tu dah mati. Perlawanan musim lalu Negeri Sembilan menang 3-1 keatas Kelantan, mungkin malam ni pula Kelantan akan menundukan Negeri Sembilan 3-2. pasukan Negeri Sembilan pun nampaknya sudah bersiap sedia dibawah kapten Aidil Zafuan. mungkin juga N9 akan memperoleh kemenangan seperti musim lalu, tengok ajelah keputusannya malam ni.

 
Kapten Negeri Sembilan Aidil Zafuan



Barisan pemain Kelantan yang menggelarkan diri mereka The Red Warriors

@: 'Gomo Kelate Gomo' gomo tu ape, gomol?


October 29, 2010

11:41

Pertandingan Akhir Gadis Melayu 3

Malam ini bakal berlangsung Pertandingan Akhir Gadis Melayu 3 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) bermula pukul 8.30 malam. Ia disiarkan secara langsung melalui TV9.




Setiap peserta diberi cabaran untuk mempersembahkan teater muzikal. abaran itu akan dibawa secara individu walaupun pada malam ini nanti, para peserta bergabung dalam satu pentas untuk merealisasikan teater muzikal yang menyentuh tiga isu masa kini yang semakin meruncing iaitu bencana banjir di Pakistan, wanita-wanita tabah di Gaza dan juga isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Seramai 9 peserta yang bertanding untung merebut gelaran Juara. Ikon Gadis Melayu.

Pelbagai hadiah yang menarik dan mewah bakal dibawa pulang oleh juara akhir Gadis Melayu musim ke-3.

Apa komen peserta akhir Gadis Melayu 3

* Afiqah Hazwani Md. Din
Berusia 18 tahun dan menjadi peserta paling muda, Afiqah tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan terbesar kepadanya untuk bersaing dengan lapan peserta lain.
Masih menuntut di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 1, Johor Bahru, Johor dan menanam impian untuk bergelar peguam, dia memberitahu dirinya teruja untuk beraksi pada malam final.
“Tanpa penyingkiran, saya menjadi insan paling teruja kerana mampu berada sehingga final. Ini kerana saya boleh menimba ilmu dan pengalaman lebih banyak. Ia tidak boleh dikutip di luar melainkan dalam Gadis Melayu 3,” katanya.
* Nur Diana Zainuddin
Masih menuntut di Tingkatan 6 Atas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Pulau Pinang, Diana tidak menyangka percubaan spontannya telah membawa dia jauh ke pusingan final.
Ditanya tentang potensi diri menjadi pemenang, Diana yang meminati bidang penulisan berkata: “Terus terang, kalau ingin bercakap soal keunikan diri, rasanya saya sama macam peserta lain. Cuma, bakat mengacara yang diperoleh di sekolah sebelum ini memberi kelebihan kepada diri untuk nampak menyerlah.”
* Nor Shamimi Ernida Mansor
Bagi anak jati Kedah ini, dia tidak mengejar glamor, tapi memasang impian untuk menjadi hos dan peniaga tudung yang berjaya satu masa nanti. Justeru saat diminta untuk mengulas keistimewaan diri, Shamimi mempunyai jawapan sendiri.
“Saya akui, saya boleh memasak makanan Melayu seperti gulai ikan atau ayam dan sambal. Sebelum ini, saya sendiri memasak untuk adik-beradik seramai empat orang jika orang tua keluar bekerja. Mungkin itu keistimewaan saya,” jelasnya.
* Norhidayah Samsudin
Berminat dalam lapangan seni serta memiliki bakat dalam nyanyian, anak keempat daripada sembilan beradik ini menolak persepsi bahawa peserta yang tidak bertudung kebiasaannya sukar menjuarai program Gadis Melayu.
“Pada pendapat saya, soal peserta bertudung atau tidak menjuarai Gadis Melayu 3, semua terpulang kepada rezeki masing-masing asalkan pemenangnya menepati kriteria serta kualiti tertentu yang dipilih oleh juri profesional dan masyarakat.
“Berbicara tentang personaliti diri, saya tidak gemar bersikap hipokrit. Baik di depan atau belakang kamera, saya lebih senang berkomunikasi dengan sesiapa tanpa berdepan masalah,” luah Hidayah yang berasal dari Masai, Johor.
* Siti Nurzakiah Abdul Aziz
Kontra dengan peserta lain, Zakiah punya latar belakang berbeza apabila dia berbakat besar dalam bidang tarian tradisional. Pada waktu sama, dia bertugas sebagai jurulatih tari di Heritage Performing Arts Studio, Ampang, Kuala Lumpur.
Menjadi guru tarian joget, zapin dan inang kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, Zakiah, 21, yang berasal dari Selangor mengaku hatinya terpaut pada kehebatan seni hasil peninggalan nenek moyangnya sejak dari kecil lagi.
“Dengan konsep Gadis Melayu 3 menonjolkan
percantuman elemen tradisional dan kontemporari, saya anggap ini masa terbaik untuk berkongsi dengan penonton terutama generasi baru tentang keunikan seni kreatif,” ungkapnya ringkas.
* Siti Mastura Mohamad Saleh
Dengan jiwa lebih terarah kepada industri fesyen, anak jati Pahang yang terpilih sebagai salah seorang peserta Gadis Melayu 3 itu sedang menjalani latihan praktikal selama setahun bersama pereka busana tradisional popular, Salikin Sidek.
“Saya akan menggunakan kelebihan dalam rekaan fesyen tradisional untuk menambat hati juri profesional Gadis Melayu 3 termasuk orang ramai. Diharap kelainan berbanding peserta lain mampu menyerlahkan saya kelak,” jawabnya.
* Fatheen Nabila Ghazali
Selepas menerima galakan daripada keluarga, kawan-kawan dan pensyarah, Fatheen yang masih menuntut dalam tahun dua bidang Botani di Universiti Putra Malaysia (UPM), tidak sabar untuk berkongsi minatnya dengan masyarakat.
Pernah membentangkan hasil penyelidikan berkaitan botani di Singapura, dia semahunya ingin bergelar pengacara yang punya pendidikan tinggi sekali gus dapat menyedarkan orang lain tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam persekitaran.
“Selain mahu menjadi pensyarah, saya juga ingin bergelar hos kerana dengan cara ini saya dapat berkongsi ilmu dimiliki lalu menyalurkan pengetahuan kepada audiens,” tuturnya yang mahir membuat kuih-muih tradisional Melayu, Cina dan India.
* Norazrina Mohd. Salleh
Rina yang gemar mengisi masa terluangnya dengan menulis blog kini baru memahami tujuan sebenar rancangan realiti ini diwujudkan sementelah sudah menjadi sebahagian peserta. Jelas Rina lagi, ia bukan semudah dilihat atau didengar.
“Selepas dapat penerangan lanjut, baru saya tahu perjalanan Gadis Melayu yang telah memasuki musim ketiga. Sejujurnya, saya melihat ia sebagai tanggungjawab berat kerana peserta kena membuktikan kelebihan kepada umum,” akuinya.
* Siti Nur Afiqah Abdullah
Bergelar pelajar tahun tiga kursus Syariah Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Selangor, Siti lebih berminat dalam bidang kepolisan.
“Biarpun belajar undang-undang, saya sebenarnya lebih berminat untuk menjadi anggota polis. Barangkali sebab mengambil aura ayah Abdullah Mohiddien yang juga berkhidmat sebagai anggota polis.
Saya menjadikan ayah sebagai idola. “Saya menyertai Gadis Melayu 3 sebab mahu melihat sisi lain diri. Selain cari pengalaman, saya harap program ini boleh meningkatkan keyakinan apatah lagi jika bekerja sebagai polis kelak,” ujarnya yang mahir seni mempertahankan diri.
@:nanti kan keputusannya malam ini

October 22, 2010

16:22

Siapa Pemenang Pentas Akhir Gadis Melayu 3

Peringkat akhir GM3 pula akan bersiaran secara langsung pada 29 Oktober 2010 ini (Jumaat) selama dua jam dari Auditorium MBSA mulai jam 8.30 malam di TV9.

GM3

Sembilan peserta yang bakal bersaing di atas pentas akhir Gadis Melayu 3 ialah:
1. Afiqah Hazwani Bt. Md. Nordin 18 tahun Afiqah Johor
2. Nur Diana Bt. Zainuddin 19 tahun Diana Pulau Pinang
3. Nor Shamimi Ernida Bt. Mansor 20 tahun Mimie Kedah
4. Siti Nur Afiqah Bt. Abdullah 21 tahun Siti Kelantan
5. Norhidayah Bt. Samsudin 21 tahun Hidayah Johor
5. Siti Nurzakiah Bt. Abdul Aziz 21 tahun Zakiah Selangor
6. Siti Mastura Bt. Mohamad Saleh 24 tahun Mastura Pahang
7. Fatheen Nabila Bt. Ghazali 24 tahun Fatheen Johor
8. Norazrina Bt. Mohd Salleh 25 tahun Rina Selangor

Hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang adalah seperti berikut:
Juara Ikon Gadis Melayu 3 (berjumlah RM160,000)
• Wang tunai RM30,000
• Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
• Barangan Singer bernilai RM10,000
• Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
• Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts
4 Hadiah Saguhati
• Wang tunai RM1,000 seorang
• Barangan Singer bernilai RM7,000 untuk markah kedua tertinggi dan RM5,000 untuk markah ketiga tertinggi
• Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts
4 Hadiah Penyertaan
• Wang tunai RM500 setiap seorang
• Barangan Singer bernilai RM700
• Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts


gadis melayu dan mia 3

9 Gadis Melayu Musim Ketiga

jangan lupa tonton :)


October 15, 2010

08:42

Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia 23

Festival Filem Malaysia ke 23 akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre. Untuk penonton di rumah, anda boleh menonton siaran langsung di saluran RTM dan Astro PRIMA. Pertama kali dalam sejarah, FFM dibuat di SACC, Shah Alam.




Senarai calon mengikut kategori:
Pelakon Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae – Belukar
2. Esma Daniel – Santau
3. Farid Kamil – Lagenda Budak Setan
4. Shamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
5. Zul Huzaimy – Haq
Pelakon Wanita Terbaik
1. Jasmine Micheal – Estet
2. Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
3. Maya Karin – Pisau Cukur
4. Mislina Mustaffa – Karaoke
5. Putri Mardiana – Santau
Lakon Layar Terbaik
1. Ahmad Idham – Niyang Rapik
2. Azahari Zain – Santau
3. Jason Chong – Belukat
4. Jumaatun Azmi – Haq
5. Mamat Khalis – Estet
Cerita Asal Terbaik
1. Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
2. Brian Iskandar – Haq
3. Edry Abdul Halim – Magika
4. Mamat Khalid – Estet
5. Uttam Kumar – Pulau Asmara
Sinematografi Terbaik
1. Indra Che Muda – Estet
2. Indra Che Muda – Santau
3. Mohd Noor Kassim – Magika
4. Raja Mukhriz – Niyang Rapik
5. Ramli A. Bakar – Belukar
Penyunting Terbaik
1. Ahmad Mustadha – Niyang Rapik
2. Brian Ng – Santau
3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
4. Hisham Jupri – Evolusi KL Drift 2
5. Lim Sheu Fen – Belukar
Skor Muzikal Asal Terbaik
1. Brian Ng – Santau
2. Brian Ng – Niyang Rapik
3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
4. Edry Halim – Magika
5. James Baum – Evolusi KL Drift 2
Filem Animasi Terbaik
1. Atok Poie Pekan – Animagis Sdn Bhd
2. Buas – Charukphong
3. Chellup – Elite Animation
4. Ramadhan Mat Jo – Elite Animation
5. A Day In A Life of Mr. Teddy – Arshad Noor
Filem Pendek Terbaik
1. Hargai Sejarah Anda – Yellow Pictures
2. Srok – Syaabani
3. Sub Rosa – Nadiah Hamzah
4. Projek Genex – Ainotek
5. The Five Rules – UiTM Shah Alam
Poster Terbaik
1. Belukar
2. Estet
3. Magika
4. Pisau Cukur
5. V3: Samseng Jalanan
Pereka Busana Terbaik
1. Haq
2. Jin Notti
3. Magika
4. My Spy
5. Santau
Lagu Tema Asal Terbaik
1. Penyembuh Rindu – Magika
2. Syurga Seketika – Niyang Rapik
3. Menggegar Dunia – My Spy
Pelakon Harapan Lelaki
1. Kamal Adli – Niyang Rapik
2. Redza Minhat – Pisau Cukur
3. Remy Ishak – Evolusi KL Drift 2
4. Shashi Taran – Estet
5. Sheikh Bolkiah – Pulau Asmara
Pelakon Harapan Wanita Terbaik
1. Daphne – Belukar
2. 2 Alam (to be updated)
3. Lagenda Budak Setan
4. Putri Mardiana – Santau
5. Pulau Asmara (to be updated)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae – V3: Samseng Jalanan
2. KSManiam – Estet
3. Que Haidar – Lagenda Budak Setan
4. Shaheizy Sam – Evolusi KL Drift 2
5. Zul Huzaimy – Santau
Pelakon Pembantu Wanita
1. Lisa Surihani – V3: Samseng Jalanan
2. Norliana Samsudin – Adnan Sempit
3. Fazura – Lagenda Budak Setan
4. Raja Farah – Haq
5. Ziana Zain – Magika
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us