Breaking

August 2, 2011

Drama Menarik Di Slot Ramadhan TV9 { Jiman, Sekilas Qalbu, Lailatulqadar


Bermula 3 Ogos 2011, TV9 menerusi slot Skrin di 9 akan menyiarkan telemovie-telemovie menarik pada setiap Rabu, sepanjang bulan Ramadhan ini. Bertemakan ‘Ramadhan Di Hatiku’, berikut merupakan telemovie yang akan disiarkan di kaca televisyen anda.

 

Jiman (Rabu, 8.30 malam, 3 Ogos)
Apakah nasib seorang insan cacat yang tidak mampu menjaga dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa? Begitulah yang difikirkan oleh Mak Midah (Fauziah Nawi) yang mempunyai seorang anak terencat akal bernama Jiman (Rusdi Ramli). Jiman merupakan seorang yang baik hati dan amat menyayangi keluarganya tetapi apakan daya, ketika kecil, Jiman jatuh sakit dan disahkan cacat akal seumur hidupnya.

Walaupun dia mempunyai seorang adik, Azhar (Iqram Dinzly), namun Azhar begitu membencinya kerana Mak Midah dan orang kampung begitu memanjakannya sejak kecil. Jiman sentiasa dibuli oleh Azhar kerana perasaan tidak puas hati. Apatah lagi, ibu dan arwah bapa mereka sentiasa mendahulukan Jiman. Bagi Azhar, dia patut menerima lebih kerana dia sihat dan tidak mempunyai masalah mental seperti Jiman.

Kenapa Jiman sahaja yang mendapat kasih sayang yang lebih? Kenapa apabila arwah bapanya meninggal dunia, harta tanah diberikan lebih kepada Jiman? Semua persoalan ini membuatkan benci terhadap Jiman semakin membuak-buak. Apakah yang akan dilakukan oleh Azhar untuk mendapat harta tersebut? Termakbulkah doa Mak Midah untuk mendamaikan anak-anaknya? Sama-samakan kita saksikan ‘Jiman’ pada 3 Ogos 2011, jam 8.30malam hanya di TV9.

Sekilas Qalbu (Rabu, 8.30 malam , 10 Ogos)
Sekilas Qalbu arahan Jamal Khan ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri iaitu Syira, lakonan Diana Rafar dan suaminya Azhar (Norman Hakim) yang dikurniakan seorang anak lelaki yang cacat penglihatan. Sebelum berkahwin dengan Azhar, Syira mempunyai seorang kekasih tetapi mendapat halangan daripada keluarga. Suatu hari, Syira dan keluarga telah keluar makan di restoran.

Anaknya disuap oleh pembantu rumah dan ketika menikmati hidangan itu, muncul beberapa orang buta yang meminta sedekah. Syira tidak kedekut menghulurkan derma kepada mereka.

Tiba orang yang terakhir, Syira tergamam kerana seperti mengenali lelaki tersebut. Puas Syira cuba mengingatinya sehinggalah Syira membuat keputusan untuk mencari semula orang buta tersebut. Perbuatan Syira membuatkan Azhar menjadi hairan dan cemburu. Siapakah lelaki itu kepada Syira? Saksikan ‘Sekilas Qalbu’ pada 10 Ogos ini, jam 8.30malam.

Isnin Selasa Rabu (Rabu, 8.30 malam, 17 Ogos)
Drama menarik yang diarah oleh Pengarah Terbaik Drama bagi ASK 2010, Murali Abdullah ini menceritakan tentang keletah tiga jejaka bernama Isnin, Selasa, Rabu yang ingin mencari pekerjaan di ibu kota. Ketiga-tiga mereka datang dari kampung yang berlainan dan bertemu di di hadapan sebuah sebuah premis perniagaan yang kononnya bersetuju untuk memberi mereka kerja selepas membuat bayaran sebanyak RM200 seorang.

Setelah menyedari mereka telah ditipu oleh agensi pekerjaan tersebut, mereka akhirnya duduk di kaki lima sambil menceritakan tentang latar belakang masing-masing dan bagaimana mereka boleh berada di Kuala Lumpur. Dalam kebuntuan mencari kehidupan di sana, mereka telah berjaya menewaskan dua orang perompak yang mahu mencuri kereta Tuan Haji Jumaat, seorang pemilik restoran. Untuk membalas budi mereka, Tuan Haji Jumaat menawarkan Isnin dan Selasa untuk bekerja di restorannya manakala Rabu pula menjadi pemandu peribadinya.

Rupa-rupanya Tuan Haji Jumaat mempunyai tiga orang anak perempuan yang sangat jelita iaitu Melati, Kenanga dan Melur. Isnin, Selasa dan Rabu masing-masing mula jatuh cinta dengan anak-anak Tuan Haji Jumaat dan cuba melakukan apa sahaja untuk menawan hati mereka. Dapatkah tiga bujang ini memikat anak dara Tuan Haji Jumaat? Jangan ketinggalan menonton drama komedi menarik ini yang dilakonkan oleh Wahid, Munir, Ilya Buang, Dato’ Jamalil Shadat, Nadia Mustafa, Amanda Misbun dan Dottie.

Lailatulqadar (Rabu, 8.30 malam, 24 Ogos)
Drama arahan Feroz Kadir yang penuh dengan unsur keinsafan dan kasih sayang ini mengisahkan tentang Hasbullah dan isterinya Iema yang begitu gembira menyambut kelahiran anak ketiga mereka yang diberi nama Romadan. Kegembiraan mereka tidak berpanjangan apabila Romadan sentiasa menangis tidak berhenti-henti disusuli pula dengan sawan yang serius.

Hasbullah dan isteri tidak mahu Romadan menimpa nasib yang sama seperti abang-abangnya Mikail dan Ridduan yang cacat akibat demam panas. Akibat tertekan dengan dugaan yang menimpa, Hasbullah yang sememangnya seorang bapa yang penyayang telah berubah sikap.

Sehinggalah suatu hari Hasbullah yang juga merupakan seorang pemandu teksi bertemu dengan seorang wanita tua membawa dua orang budak yang persis muka anak-anaknya. Wanita tua itu meminta Hasbullah menghantar mereka pulang ke rumah. Keesokan harinya Hasbullah menghendap ke rumah wanita tua tersebut dan terkejut melihat kedua anak kecil itu diikat dan didera.

Lebih menyayat hati apabila anak-anak tersebut memang saling tidak tumpah seperti anak-anaknya. Hatinya semakin luluh apabila melihat mereka seakan-akan meminta simpati darinya. Siapakah wanita tua itu dan adakah itu anak-anaknya? Drama menarik ini dilakonkan oleh Siti Shahriza (Eja), Ady Putra, Roslan Salleh, Irma Hasmie dan Wan Raja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us